Sunday, January 31, 2010

Itulah Guan Eng sebenar

JITRA 30 Jan. – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bersetuju dengan dakwaan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah seorang pemimpin yang cauvinis dan diktator.

Menurutnya, Guan Eng bukan sahaja tidak disukai oleh penduduk Pulau Pinang selepas menerajui negeri itu, bahkan DAP Melaka dan orang negeri berkenaan pun tidak sukakannya.

Sebab itulah katanya, Guan Eng tewas ketika bertanding jawatankuasa DAP Melaka sebelum pilihan raya umum lalu.

“DAP Melaka pun tak nak beliau, orang Melaka pun tak nak dia. Mereka tahu Guan Eng seorang yang kasar, autokrasi, kuku besi, cakap dia sahaja yang betul dan cakap orang lain semua salah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Juara Rakyat 1Malaysia 2010 anjuran Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kubang Pasu di Dewan Wawasan di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Wira Mohd. Johari Baharom yang juga merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu seorang diktator, Mohd. Ali berkata, itulah sifat Guan Eng yang sebenarnya.

Beliau turut memberikan beberapa contoh lain mengenai perangai kuku besi Guan Eng termasuk dalam isu gerai peniaga kecil Melayu di Pulau Pinang yang dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dakwanya, Guan Eng juga bertindak ‘mencengkam’ para pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu sehingga mereka sukar untuk bersuara.

“Sebab itu Zahrain terpaksa bangun menyatakan rasa tidak puas hati beliau,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, elok Guan Eng melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri kerana beliau tidak layak menerajui Pulau Pinang. Petikan Utusan Online

Sunday, January 24, 2010

Jadikan NGO Terbesar Negara KUKUHKAN KEDUDUKAN GB4B - MOHD ALI


AYER KEROH, 24 Jan - Gerakan Belia 4B (GB4B) Malaysia perlu mendapat sokongan massa (ramai) menerusi setiap kegiatan yang dianjurkan bagi memperkukuhkan kedudukan GB4B sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terbesar dinegera ini.

Presiden Alumni GB4B Malaysia, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata perkara itu penting kerana GB4B diperkenalkan untuk memperkukuhkan kedudukan orang muda diperingkat akar umbi dengan bekerja secara sukarela.

"Jika UMNO pada dasarnya ditubuhkan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu, agama Islam dan tanah air, GB4B pula bukanlah pertubuhan politik tetapi ditubuhkan untuk mengukuhkan politik orang Melayu dan politik Malaysia.

"Justeru, ahli-ahli GB4B merupakan pelapis kepada UMNO, dan jika UMNO kekurangan pemimpin, maka kita akan ambil pemimpin GB4B untuk menggantikan pemimpin yang kurang didalam parti," katanya.

Mohd Ali berkata demikian semasa Majlis Makan Malam Alumni GB4B Malaysia Bersama Majlis Kerja Tertinggi (MKT) GB4B Malaysia di Seri Bendahara, disini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Perpaduan, Kebajikan, Belia dan Sukan, Hasan Abdul Rahman, Naib Presiden Alumni GB4B Malaysia, Datuk Ahmad Bahari Abd Rahman dan Datuk Ayub Yahya, dan Setiausaha Agung Alumni GB4B Malaysia, Datuk Wira Jamaluddin Abd Rahim.

Hadir sama, Presiden GB4B Malaysia, Muamaar Ghadafi Jamal Jamaluddin, Naib Presiden GB4B Malaysia, Mohd Nizam Omar dan Setiausaha GB4B Malaysia, Roslan Rahim.

Mohd Ali berkata pemimpin-pemimpin GB4B perlu meneruskan usaha untuk menarik minat lebih ramai golongan muda menyertai GB4B agar tidak mudah kehilangan panduan dan akhirnya tidak berminat menyertai GB4B dan UMNO.

"Ahli-ahli GB4B juga perlu menyertai pertubuhan NGO lain khususnya badan-badan beruniform seperti Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), St John Ambulans, Pengakap dan sebagainya untuk meluaskan jaringan kepada golongan muda lain.

"Langkah ini bagi memastikan GB4B bersama NGO-NGO lain dapat dibawa ke arus perdana. Misalnya apabila timbul isu-isu semasa, perjuangan NGO akan lebih bernilai dan dilihat dari aspek positif berbanding parti politik seperti di negara-negara Eropah dimana suara NGO lebih kuat dan berpengaruh,"katanya.

Mohd Ali berkata, kesungguhan NGO-NGO di negara-negara barat memperjuangkan sesuatu isu wajar dicontohi kerana rata-rata ahli NGO tersebut terdiri daripada golongan belia, pelajar dan mereka yang tidak terikat dengan kerajaan tetapi menyokong dasar kerajaan.

Penglibatan ahli-ahli GB4B dalam NGO lain dapat membantu GB4B ketika berhadapan dengan cabaran-cabaran isu semasa khususnya yang melibatkan perpaduan kaum.

Mohd Ali turut menasihati pemimpin-pemimpin GB4B agar terus memberi perhatian kepada cawangan-cawangan dan mereka yang tidak memperoleh sebarang jawatan dinasihatkan agar meneruskan usaha membantu golongan belia dan pemimpin belia dalam mencapai aspirasi 1Belia 1Malaysia.

"Pastikan mesyuarat agung GB4B berjalan lancar bagi mengukur prestasi GB4B khususnya diperingkat akar umbi kerana tidak bermakna sesuatu kegiatan dijalankan sekiranya hilang sentuhan diperingkat akar umbi,"katanya.

Pemimpin-pemimpin GB4B juga dinasihatkan agar menjalin kerjasama baik dengan pemimpin-pemimpin parti politik khususnya dalam menganjurkan program.

"Cara mempopularkan GB4B tidak sukar, jika kita hargai orang, orang pun akan hargai kita. Justeru ahli-ahli GB4B juga tidak sepatutnya mengharapkan imbuhan jika menyertai persatuan, sikap ini perlu dikikis," katanya. Melaka Hari Ini Online

Friday, January 22, 2010

NAJIB PUJI MELAKA. MoU Dengan Syarikat Bioteknologi India


NEW DELHI, 22 Jan - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan langkah kerajaan Negeri Melaka mengadakan usahasama dengan syarikat India dalam bidang bioteknologi melibatkan pelaburan kira-kira RM500 juta.

``Ini merupakan satu langkah yang baik dalam konteks hubungan Malaysia-India kerana India mempunyai kepakaran dalam bidang bioteknologi,'' katanya.

Bercakap pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenainya di sini, Perdana Menteri berharap kerjasama itu akan menghasilkan pendapatan bukan sahaja di peringkat penyelidikan tetapi juga menjadi produk komersial yang menguntungkan.

Majlis menandatangani MoU itu dilakukan bersama oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mewakili Melaka Biotech Holdings manakala Vanguard Creative diwakili Pengerusinya, Vishwanath Komplella dan Pengarah Vivo Biotech, Datuk A Chandrakant.

Sementara itu Ketua Menteri tiba di Chennai petang semalam dari New Delhi dalam rangka lawatan kerja bersama Perdana Menteri.

Pagi tadi, Perdana Menteri dan rombongan telah menghadiri majlis perjanjian persefaham (MoU) membabitkan 13 syarikat Malaysia dengan syarikat yang berpengkalan di sini.

Selepas majlis, Perdana Menteri dan diiringi Ketua-Ketua Menteri dan Menteri Besar termasuk Mohd Ali menunaikan solat Jumaat di Anjuman kira-kira tiga kilometer dari hotel penginapan rombongan Malaysia.

Selepas solat, Perdana Menteri dan Mohd Ali turut meluangkan masa melawat Al-Haj T A Abdul Wahid Sahib, rumah perlindungan kanak-kanak yang terbesar di sini.

Pada sebelah petang, Perdana Menteri dan Menteri Besar, Ketua Menteri dan para pegawai kanan menghadiri persidangan meja bulat 'Business Opportunities In Malaysia' di hotel penginapan.

Dalam pada itu, Ketua Menteri turut meluangkan masa mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli perniagaan yang berminat untuk melabur di Melaka.

Antara pelabur terbabit ialah dalam bidang tele medicine, pendidikan dan bioteknologi. Pada malam ini rombongan akan diraikan dalam majlis makan malam anjuran Kerajaan Chennai. Rombongan dijangka berlepas pulang jam 1 pagi waktu tempatan dan dijadual tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA jam 7 pagi esok.

"Sentuhan" Perdana Menteri Lonjak Bioteknologi Negara BERSEJARAH


NEW DELHI, INDIA, 21 Jan - Melaka mencatat sejarahnya tersendiri hari ini apabila mendapat 'sentuhan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke arah melonjakkan bioteknologi negara ke peringkat global.

Detik bersejarah itu berlaku apabila Perdana Menteri yang kini dalam rangka lawatan kerja ke India hadir menyaksikan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Melaka Biotech Holdings Sdn Bhd dengan Vivo Biotech Ltd dan Vanguard Creative Technologies Sdn Bhd.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mewakili Melaka Biotech Holdings manakala Vanguard Creative diwakili Pengerusinya, Vishwanath Komplella dan Pengarah Vivo Biotech, Datuk A Chandrakant.

Majlis berkenaan telah berlangsung di hotel penginapan Perdana Menteri di Taj Palace Hotel, di sini, kira-kira jam 11.45 pagi waktu tempatan.

Melalui MoU tersebut, Vivo Biotech akan melabur kira-kira RM500 juta di kawasan Melaka World Solar Valley untuk pengeluaran produk farmasutikal termasuk ubat anti kanser dan diabetis. Mengulas mengenai MoU itu, Ketua Menteri berkata, projek membabitkan pelabur dari India itu sudah pasti akan melakar sejarah Melaka dalam peta dunia di dalam bidang bioteknologi.

Projek yang melibtkan kawasan seluas enam ekar itu akan melibatkan pembinaan makmal dan kilang pengeluaran ubatan yang berkaitan. Ini adalah pelaburan terbesar syarikat dari India dalam bidang biokteknologi.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana kesudian beliau hadir menyaksikan MoU ini. Ia mencerminkan kesungguhan dan komitmen beliau ke arah mempercepatkan perkembangan bidang biokteknologi di Melaka dan Malaysia keseluruhannya," kata Ketua Menteri.

Ketua Menteri berkata, dalam tempoh enam bulan projek ini akan bermula dan ia dijangka memberi pulangan berbilion ringgit kepada negara apabila produknya memasuki pasaran global.

Mengenai lawatannya bersama Perdana Menteri ke Arab Saudi dan Emeriah Arab Bersatu termasuk Abu Dhabi, Ketua Menteri berkata, ia amat berjaya kerana banyak pengalaman baru yang dipelajari termasuk teknologi hijau..

Wednesday, July 15, 2009

Utamakan Kepantasan Dalam Segala Keputusan PENJAWAT AWAM MESTI TUNAI EKSPEKTASI RAKYAT


AYER KEROH, 15 Julai- Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggesa seluruh penjawat mengutamakan kepantasan dalam membuat keputusan yang membabitkan kepentingan rakyat kerana sebarang kelewatan akan mengundang pelbagai masalah dan dikhuatiri boleh memberi imej serta persepsi negatif terhadap sistem penyampaian Kerajaan.

Ketua Menteri juga meminta penjawat awam mempertingkatkan keupayaan diri, daya saing serta berani melakukan anjakan paradigma bagi memenuhi ekspektasi rakyat yang sentiasa memerlukan kualiti perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.

Beliau berkata, perkhidmatan awam pada hari ini tidak boleh kekal berada pada suasana selesa atau comfort zone.

Ketua Menteri menegaskan, situasi semasa dan ekspektasi rakyat memerlukan penjawat awam sentiasa bersedia dan sedar bahwa tuntutan mereka (rakyat) terhadap perkhidmatan awam adalah amat tinggi.

"Rakyat kini semakin matang dalam menilai sesuatu perkara atau isu yang timbul. Dengan kemajuan sains dan teknologi serta dunia komunikasi tanpa sempadan, kita seharusnya sedar bahawa rakyat semakin bijak dan cekap menggunakan saluran komunikasi dengan pantas serta berkesan dalam memberi maklum balas terhadap pekara yang sepatutnya dilaksanakan dan diberikan oleh Kerajaan kepada mereka," ujar Mohd Ali.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) Peringkat Kebangsaan.

Turut hadir, Setiausaha Kerjaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh; Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Seri Ahmad Said Hamdan; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Yaakub Md Amin; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Md. Yunos Husin; Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri serta kira-kira 300 Ahli Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) dari seluruh Malaysia.

Mohd Ali menjelaskan, penjawat awam juga perlu pantas dalam mengenalpasti langkah-langkah terbaik permasalahan yang dihadapi rakyat, bertindak proaktif dan sentisa bersedi menghadapi perubahan semasa.

Katanya, bagi memastikan perkhidmatan awam kekal relevan, semua pihak perlulah bekerjasama dan menggembelingkan sepenuh tenaga untuk menangani masalah yang dihadapi, khususnya dalam landskap enomoni dunia pada hari ini yang adakalanya berubah tanpa dirancang.

"Namun, jika semua pihak bijak memainkan peranan dan menunaikan tanggungjawab di dalam di dalam kapasiti dan ruang lingkup masing-masing, sudah psti kesan-kesan negatif dari perubahan ekonomi ini dapat dikurangkan dan seterusnya berupaya mengangkat kredibiliti perkhidmtan awam ke tahap yang tertinggi selain berupaya mencapai matlamt dan memenuhi ekspektasi rakyat," ujar Mohd Ali.

Katanya lagi, dengan tahap pendidikan yang semakin meningkat, rakyat kini sudah berani untuk mengemukkan tuntutan supaya hak mereka tidak diabaikan, keistimewaan mereka dipertahankan. Justeru, penjawat awam seharusnya cekap dan bertindak secara proaktif untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kepentingan rakyat serta negara," ujar Ketua Menteri.

Beliau seterusnya berharap penjawat awam bersikap 'sense of urgency' dalam menyelesaikan setiap masalah supaya sebarang rungutan yang disalurkan dapat dikurangkan di samping meletakkan pencapaian tertinggi dan merealisasikan indeks prestasi utama (KPI) sebagai keutamaan.

Mohd Ali turut mengingatkan setiap penjawat awam sentiasa berpandukan kepada nilai-nilai peribadi mulia seperti amanah, jujur, sabar, tidak mengamalkan rasuah, berlapang dada, telus, bertanggungjawab serta dedikasi dalam melaksanakn tugas yang diamanahkan.

"Jika nilai-nilai ini dapat dijadikan paksi maka sudah pasti kita dapat mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam apa juga gejala negatif yang mungkin akan menjejaskan kredibiliti perkhidmatan awam," tegas Mohd Ali.

Ketua Menteri juga berharap seluruh penjawat awam terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang di samping memantapkan sistem keupayaan dan tadbir urus organisasi supaya agenda 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan dijadikan prinsip utama setiap penjawat awam.

"Kita perlu meletakkan perkhidmatan awam Malaysia ke tahap yang membanggakan, justeru penjawat awam perlulah membuat penambahbaikan berterusan supaya perkhidmatan awam Malaysia mampu bersaing di peringkat global," jelas Mohd Ali. MHIonline

Untuk informasi & aduan online sila kunjungi www.alirustam.com

Monday, June 22, 2009

Usaha Perbaiki Sistem Pengangkutan Awam MELAKA CADANG SYARIKAT BAS DIBERI SUBSIDI MINYAK


BANDARAYA MELAKA, 22 Jun - Kerajaan negeri bercadang memberi subsidi minyak kepada syarikat-syarikat bas di negeri ini dalam usaha memperbaiki sistem pengangkutan awam itu mulai tahun depan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sekiranya perkara itu menjadi kenyataan, Melaka menjadi negeri pertama yang memberikan subsidi itu kepada sistem pengangkutan awam.

Katanya, pemberian subsidi minyak itu merupakan satu daripada dua cadangan permulaan yang dikemukakan untuk meningkatkan prestasi pengangkutan bas awam di Melaka yang sering menjadi rungutan ramai.

"Kita ikut sistem ini seperti di Melbourne, Australia. Di sana semua bas yang dimiliki syarikat swasta, tapi Kerajaan Negeri bayar mereka ikut elaun perbatuan.

"Maknanya, ada penumpang atau tidak, syarikat bas boleh melalui kawasan itu seperti dijadualkan dan mereka boleh buat tuntutan setiap kilometer kepada Kerajaan," katanya.

Mohd Ali berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ulang tahun ke-50 Persatuan Pengusaha Bas Negeri Melaka (MOOA) di sebuah hotel di bandar ini, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Presiden MOOA, Razali Endun dan Presiden Persatuan Pengusaha Bas Semenanjung, Datuk Dr. Ashffhar Ali.

Mohd. Ali memberitahu, sistem subsidi itu secara tidak langsung akan menambah kecekapan dan ketepatan masa laluan bas mengikut jadual ditetapkan.

"Jadi di sini, bilangan penumpang bukan lagi keutamaan syarikat bas, tetapi berapa jauh perjalanan mereka yang mendatangkan pendapatan.

"Di Melaka, kita ada 250 buah bas dan jika Kerajaan Negeri perlu beri subsidi sekitar RM3 juta atau RM4 juta setahun, saya fikir tahun depan kita sudah boleh mulakan sistem ini," katanya.

Tambahnya, kajian terhadap sistem itu telah dimulakan sejak dua minggu lalu untuk melihat kemampuan Kerajaan Negeri menyediakan nilai subsidi tersebut.

Ketua Menteri menjelaskan, cadangan kedua ialah Kerajaan Negeri menyewa kesemua 250 buah bas syarikat swasta di negeri ini pada kadar RM10,000 sebulan.

Modul itu katanya, telah digunakan oleh Syarikat pengendali bas Panorama Melaka, PM Cultural & Tourism Sdn. Bhd. (PMCT).

Jelas beliau, mengikut konsep bas Panorama itu, PMCT yang merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri menyewa bas tersebut daripada syarikat pemilik bas.

"Selain sewa dibayar, kita juga akan menanggung kos bahan api sementara syarikat cuma sediakan kos pemandu dan kerosakan bas.

"Kita juga akan tentukan laluan dan waktu perjalanan supaya semua bas ini tidak berkongsi laluan yang sama yang akan merugikan," katanya.

Bagaimanapun, Mohd. Ali berkata, kos terhadap cadangan tersebut lebih tinggi berbanding cara subsidi minyak.

"Berikutan itu, kita perlu memperuntukkan RM10.5 juta setahun untuk menyewa semua bas ini secara kasarnya.

"Soalnya sekarang ini, di mana kita hendak cari duit sebanyak itu dan saya rasa jumlah itu terlalu tinggi," katanya. MHIonline

Untuk informasi & aduan online sila kunjungi: www.alirustam.com

Sunday, June 14, 2009

TERENGGANU HASRAT CONTOHI MELAKA DALAM PELANCONGAN


AYER KEROH, 12 Jun- Kerajaan Negeri Terengganu berminat untuk mempelajari usaha Melaka yang berjaya membangunkan sektor pelancongan negeri ini dengan pesat sekali sehingga mampu menarik lebih 7.2 juta pelancong tahun lepas.

Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said berkata, Terengganu perlu mencontohi Melaka kerana negeri tersebut akan menjadikan sektor pelancongan sebagai tulang belakang ekonominya pada masa depan.

"Kita lihat berlaku anjakan yang hebat dalam industri pelancongan di Melaka," kata beliau dalam sidang media selepas menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri Melaka di Seri Negeri, hari ini.

Ahmad dan isteri, To' Puan Norliza Mahmud bersama 130 delegasi dari Terengganu kini dalam rangka lawatan selama empat hari ke Melaka, mulai semalam.

Ahmad memberitahu, Terengganu yang dikenali sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air mempunyai banyak produk pelancongan seperti sungai, tasik dan pulau yang boleh dieksploitasi untuk pelancongan pada masa depan.

Dalam sidang media bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Menteri Besar Terengganu turut kagum dengan kemampuan Melaka menarik lebih 7.2 juta pelancong tahun lepas berbanding Terengganu yang hanya menerima 3.5 juta pelancong.

"Ini merupakan kunjungan kali pertama untuk melihat anjakan hebat industri pelancongan di Melaka dan kita lihat banyak persamaan idea yang digunakan di Melaka boleh diaplikasikan di Terengganu.

"Kita mahu menjadikan industri pelancongan sebagai tulang belakang ekonomi negeri dan kita tidak mahu bergantung kepada industri minyak dan gas semata-mata kerana kedudukan harga minyak yang rendah kini," katanya.

Sebelum itu,taklimat mengenai pembangunan Melaka telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zainal Hussin merangkumi pelbagai aspek termasuk pelancongan, pentadbiran dan 32 indikator negeri maju yang bakal dicapai Melaka pada tahun hadapan.

Antara perkara yang menarik minat delegasi Terengganu ini ialah berhubung pelaburan asing di Melaka dan kaedah mengendalikan projek besar seperti Melaka River Cruise, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM). MHIonline

Untuk informasi dan aduan online sila kunjungi: www.alirustam.com

Tuesday, June 9, 2009

Kita perlu mempertahankan nilai-nilai sejarah

SINGAPURA, 8 Jun - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) berkata, ikatan sejarah mampu menjadi pemangkin mengeratkan hubungan kemanusiaan sejagat kerana sejarah itu amat bernilai dalam membentuk kekuatan identiti sesebuah tamadun bangsa yang berjaya.

Beliau menjelaskan, DMDI juga kini sedang merintis berbagai program memantapkan hubungan negara-negara anggota menerusi ikatan sejarah bagi menjadikan rumpun Melayu rumpun Islam sejagat lebih mantap serta cemerlang.

"Kita akan terus menyokong sebarang usaha bagi meletakkan warisan dunia sebagai milik sejagat demi memastikan identiti sesebuah bangsa itu berkekalan untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

"Sesebuah bangsa yang sudah hilang nilai-nilai sejarah bererti identiti bangsa berkenaan juga turut luput ditelan arus kemodenan. Sebab itulah kita perlu mempertahankan nilai-nilai sejarah yang dijadikan antara elemen penting membentuk nilai kemanusiaan sejagat," kata Mohd Ali.

Ketua Menteri berkata demikian di Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Masjid Omar Kampung Melaka dan Masjid Hang Jebat pada majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Omar, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut Mohd Ali telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM100,000 daripada Kerajaan Negeri kepada Pengerusi Lembaga Masjid Omar Kampung Melaka, Abu Bakar Abdul Rahman untuk tujuan menaiktaraf masjid berkenaan dan RM10,000 lagi kepada Setiausaha Lembaga Pentadbir Masjid Hang Jebat, Mohd Fauzi Mohd Ali bagi kerja-kerja pemuliharaan masjid tersebut.

Turut hadir, Menteri Negara Kanan, Ehwal Luar, Zainul Abidin Rasheed; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad; isteri Ketua Menteri, Datin Seri Asmah Abd Rahman; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Dato' Mohd Hussin Nayan; Mufti Kerajaaan Melaka, Datuk Wira Rashid Redza Mohd Salleh dan Pengerusi Lembaga Pengarah PERZIM, Datuk Wira Hamdin Abdollah.

Beliau menjelaskan, sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Melaka tentunya akan memberi kesan yang amat besar di dalam sejarah perhubungan Kerajaan Melaka dan Kerajaan Singapura, khasnya masyarakat Melayu Islam Singapura.

"Sememangnya kita akui bahawa perhubungan antara dua Kerajaan ini telah bermula sejak dulu lagi. Kalau kita meneliti sejarah Melayu, hubungan ini terjalin semenjak bermulanya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi, ketika itu Singapura dikenali dengan nama Temasik lagi kira-kira 600 tahun dahulu. Sewajarnya kita sebagai generasi masakini meneruskan serta mengeratkan lagi hubungan ini," ujar Mohd Ali.

Katanya, untaian sejarah silam yang menghubungkan Melaka, Singapura dan Sumatera jelas membuktikan bahawa kita semua memang bersaudara dan berkongsi sejarah.

"Menerusi ikatan sejarah yang sudah terpahat sejak dahulu lagi ini jugalah kita wajar menjalinkan hubungan lebih akrab bagi memantapkan hubungan sejagat menerusi sejarah serta warisannya," ujar Ketua Menteri. MHIonline

Untuk informasi & aduan online sila ke: www.alirustam.com

Friday, June 5, 2009

TUGAS BINA NEGARA BANGSA KIAN MENCABAR


Tugas membina negara bangsa melalui pendidikan tidak akan selesai, sebaliknya ianya menjadi semakin mencabar seiring dengan kemajuan yang tidak terbatas pada masa kini.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, keupayaan membina negara bangsa amat bergantung kepada keutuhan perkongsian nilai serta semangat patriotisme yang dapat dipupuk serta disuburkan dalam kalangan semua lapisan masyarakat, terutama generasi muda.

"Matlamat Kerajaan untuk membina sebuah negara bangsa adalah menepati Gagasan 1Malaysia. Justeru tidak ada sesiapapun akan terpinggir untuk merebut peluang yang disediakan bagi menyerlahkan segala keupayaan dan potensi masing-masing," kata Datuk Seri Mohd Ali.

Ketua Menteri optimis perpaduan rakyat dapat diperkukuhkan sekiranya nilai-nilai tersebut dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, terutama pendidikan keagamaan.

Kerajaan Negeri akan terus memberikan perhatian khusus dalam memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara menghadapi cabaran globalisasi.

"Saya menaruh penuh keyakinan dan berharap guru dapat memainkan peranan yang penting ini.

Dengan tanggungjawab mengajar dan mendidik, guru sebenarnya turut berada di saf hadapan untuk menyemai serta memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk akhlak dan jatidiri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang melalui kaedah-kaedah yang menarik dalam pengajaran Islam," ujarnya.

Beliau seterusnya menyeru semua guru supaya mempertingkatkan diri dengan ilmu serta kemahiran supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

"Guru juga perlu memelihara akhlak dan budi pekerti agar terus dihormati serta menjadi role model kepada anak didik dan juga masyarakat," tambah Ketua Menteri. MHIonline

Untuk informasi & aduan online sila kunjungi: www.alirustam.com

Sunday, May 17, 2009

Jaksa Pendamai Diminta Bantu Pupuk Perpaduan


AYER KEROH, 17 Mei - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mahu setiap ahli Jaksa Pendamai (JP) memainkan peranan lebih positif dan berkesan bagi mencapai objektif-objektif yang terkandung dalam Rukun Negara.

Katanya, Ahli-ahli Jaksa Pendamai (Justice Of Peace) dipilih daripada pelbagai kaum yang mengamalkan agama serta budaya yang berbeza dan mereka sewajarnya boleh memainkan peranan yang lebih demokratik menurut lunas undang-undang.

Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Jaksa Pendamai negeri Melaka, di Seri Bendahara, di sini, hari ini.

Mohd Ali menjelaskan, mereka mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat dan mempunyai bidang kuasa yang boleh dilaksanakan untuk faedah ahli-ahli masyarakat di negeri ini.

"Mereka boleh memainkan peranan utama dalam usaha membentuk perpaduan kebangsaan di kalangan masyarakat Malaysia," katanya.

Katanya, pada hari ini terdapat beberapa elemen perpecahan berlaku dalam masyarakat kita.

Beliau yakin dengan kedudukan para JP yang diterima oleh masyarakat serta dihormati dapat memainkan peranan untuk menjernihkan kekeruhan yang berlaku dalam masyarakat hari ini.

Beliau seterusnya meminta seluruh ahli JP membantu merealisasikan visi Melaka Maju 2010 di samping menyokong konsep '1Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Terdahulu Presiden Majlis JP, Datuk Md Sirat Abu mahu ahli-ahli JP negeri ini memberi kerjasama dan sokongan kepada Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Katanya, kerjasama ini amat diperlukan demi membangunkan sebuah masyarakat yang harmoni dan bahagia.

Turut hadir penasihat Majlis JP Tan Sri Dr P.R.Linggam, Datuk Tan Cheng Swee dan Datuk Hamzah Bajuri. MHIonline

Sila kunjungi: www.alirustam.com

Thursday, May 14, 2009

USAH CETUS SUASANA PANIK.. Wabak Meningitis Terkawal - MOHD ALI


TIANG DUA, 13 Mei - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menasihatkan orang ramai tidak mencetuskan suasana panik ekoran wabak yang disyaki meningitis membabitkan pelatih-pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, ibu bapa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Tiang Dua dan penduduk berhampiran juga tidak perlu bimbang kerana keadaan terkawal sebagaimana jaminan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

"Jangan risau, Kementerian Kesihatan sendiri sudah mengesahkan situasi penyakit meningitis di sini terkawal. Kita juga tidak perlu pakai topeng muka kerana ia akan mencetuskan suasana seolah-oleh wabak ini kritikal dan tidak terkawal," kata Mohd Ali.

Ketua Menteri berkata demikian pada sidang media selepas meninjau dan menemui murid-murid dan tenaga pengajar di sekolah berkenaan, pagi tadi.

Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Md Yunos Husin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ayer Molek; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Kesihatan dan Pembangunan Keluarga Negeri, Norpipah Abdol; Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Ghazali Othman dan Ahli Lembaga Pengelola SRJKC Tiang Dua, Liaw Ah Kiew.

Ketua Menteri juga sempat meluangkan masa beramah mesra bersama murid-murid yang sedang bermain bola keranjang di perkarangan sekolah yang terletak kira-kira 300 meter dari Akademi JPJ berkenaan.

Beliau juga memberitahu bahawa semua aktiviti kokurikulum di sekolah yang menempatkan 151 murid termasuk 25 murid pra-sekolah itu tidak perlu dihentikan sebaliknya dijalankan seperti biasa kerana kawasan sekolah berkenaan disahkan selamat daripada jangkitan bakteria meningitis.

"Orang ramai tidak perlu bimbang. Saya sendiri telah melawat dan bersalaman dengan pelatih-pelatih yang dijangkiti bakteria meningitis, pagi tadi," ujar Ketua Menteri lagi.

Jelas beliau, pertambahan bilangan mereka yang terpaksa dikuaratin akibat dijangkiti bakteria meningitis di Hospital Melaka (HM) adalah terdiri dari kalangan pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan Tiang Dua.

"Tiada jangkitan berlaku kepada individu dari luar akademi berkenaan, malah pelatih yang dijangkiti juga kini semakin sembuh," ujar Mohd Ali. MHIOnline

Sila kunjungi : www.alirustam.com

Saturday, May 9, 2009

Orang ramai tidak perlu bimbang- Mohd Ali


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menasihatkan keluarga pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menerima rawatan di Hospital Melaka (HM), dipercayai akibat diserang meningitis supaya tidak bimbang kerana pelatih-pelatih terbabit sudah stabil.

Serentak dengan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya bertenang kerana pihak HM telah mengambil langkah-langkah serta tindakan yang berkesan bagi membendung penyakit itu.

Semalam seramai 13 pelatih akademi JPJ itu telah dimasukkan ke wad HM akibat diserang penyakit berkenaan selepas menjalani latihan di luar akademi selama tiga hari bermula 27 April lalu. Seorang dari mereka, Mohd Hafiz Zainudin, 24, dari Kelantan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HM.

Semua pelatih-pelatih terbabit dilaporkan menunjukkan gejala utama iaitu deman, disertai dengan salah satu atau lebih daripada tanda-tanda sakit kepala, sakit sendi, keletihan, batuk, loya, kejang perut dan mengigil. Dua dari mereka sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 11 lagi di wad pengasingan.

Mohd Ali yang ditemui pemberita selepas melawat pelatih-pelatih berkenaan di HM berkata, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Hafiz dan berharap mereka bersabar, semoga roh Allahyarham dirahmati Allah.

"Kalau tengak apa yang saya lihat, semua pelatih-pelatih kelihatan ceria, mereka tidak berada di dalam keadaan yang membimbangkan seperti yang kita sangkakan," jelasnya.

Tambahnya, setakat ini, pelatih-pelatih yang terlibat hanya pelatih Akademi JPJ sahaja, tidak ada kes daripada kawasan yang lain.

Turut sama mengiringi Mohd Ali melawat pelatih-pelatih Akademi JPJ di HM Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Ghazali Othman dan Pengarah HM, Dr. Dul Hadi Mat Junit.

Sunday, May 3, 2009

Kita Perlu Terus Lebih Cekap - Mohd Ali


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berharap kakitangan perkhidmatan awam akan terus cekap, berkesan, responsif, kreatif dan inovatif demi memartabatkan mutu perkhidmatan awam di negeri dan negara ini.

Katanya, perkhidmatan dan pengurusan yang cekap di dalam pentadbiran kerajaan memerlukan individu-individu yang kreatif dan juga berinovatif.

"Oleh itu, pegawai-pegawai yang berwawasan serta mempunyai kemahiran akan memberi kesan yang positif kepada perkembangan budaya kerja yang produktif, cekap serta mempunyai integriti yang tinggi."

"Sehubungan itu, peranan yang telah dimainkan oleh kepimpinan Cuepacs sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menjalinkan hubungan yang akrab dan harmoni dengan kerajaan melalui konsep perhubungan majikan pekerja dalam perkhidmatan awam," jelasnya.

Mohd Ali berkata demikian semasa berucap pada majlis Makan Malam Cuepacs yang diadakan sempena sambutan Hari Pekerja 1 Mei di salah sebuah hotel di sini malam kelmarin.

"Inovasi di kalangan penjawat awam perlu dipertingkat dan diperluaskan melalui penyelidikan dan pembangunan, rekacipta, meningkatkan kreativiti dan inovasi serta menghasilkan produk-produk baru yang boleh mendorong kepada pembangunan ekonomi, permodenan budaya dan sosial, mencorakkan gaya hidup dan menggalakkan golongan masyarakat serta pengurusan berfikir yang lebih luas," katanya.

Di Melaka terdapat seramai 32,086 kakitangan perkhidmatan awam dan daripada jumlah itu seramai 4,197 staf di pelbagai jabatan negeri, badan berkanun (668), Pihak Berkuasa Tempatan (1,308), syarikat kerajaan negeri (57), Jabatan Persekutuan (24,845) dan badan-badan berkanun Persekutuan seramai 1,011 orang.

Beliau berkata, persetujuan kerajaan kepada permintaan Cuepacs dengan memberi bonus satu bulan atau minimum RM1,500 kepada semua kakitangan kerajaan pada tahun-tahun lalu, menandakan komitmen berterusan kerajaan kepada sektor awam. MHI online

Sila kunjungi: www.alirustam.com

Saturday, April 25, 2009

Najib Perdana Menteri Untuk Semua - Mohd Ali


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menegaskan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan pembangkang sewajarnya memberikan sokongan padu dengan memberi pandangan bernas kepada Perdana Menteri untuk sama-sama memajukan negara.

Beliau menjelaskan, slogan : 'Satu Malaysia- Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' menggambarkan corak kepimpinannya yang tidak mengira agama, bangsa dan parti politik.

Sambil membidas tindak tanduk pembangkang yang melemparkan berbagai tuduhan ke atas Perdana Menteri, Mohd Ali menegaskan, tindakan mengamalkan politiking semata-mata akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

"Kita lihat di negara yang sering mengamalkan politiking, rakyat mereka miskin dan merana kerana ahli-ahli politik di negara mereka hanya mementingkan agenda politik masing-masing tanpa mengambilkira keperluan rakyat," tegasnya ketika menggulung Usul Terima Kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tahniah kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang dilantik sebagai Perdana Menteri, di Dewan Undangan Negeri Melaka. 22 April 09 / MHI online

Sila kunjungi: www.alirustam.com

Friday, April 24, 2009

Ali Rustam reappointed UMNO Supreme Council Member


Alhamdulillah, the doa of rakyat Melaka was answered.

Datuk Seri Mohd Ali Rustam reappointed as UMNO Supreme Council member.


Following is the list of Umno office-bearers and state liaison chiefs announced by party president Datuk Seri Najib Tun Razak on Friday, 24th April 2009.

SECRETARY-GENERAL:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

TREASURER-GENERAL:
Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

INFORMATION CHIEF:
Ahmad Maslan

STATE LIAISON CHIEFS:

PERLIS:
Datuk Seri Md Isa Sabu

KEDAH:
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

PENANG:
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

PERAK:
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

SELANGOR:
Datuk Seri Najib Tun Razak

FEDERAL TERRITORY:
Tan Sri Muhyiddin Yassin

NEGERI SEMBILAN:
Datuk Seri Mohamad Hasan

MELAKA :
Datuk Seri Mohd Ali Rustam

JOHOR:
Datuk Abdul Ghani Othman

PAHANG:
Datuk Seri Adnan Yaakob

TERENGGANU:
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

KELANTAN:
Datuk Mustapa Mohamed

SABAH:
Datuk Seri Musa Aman

APPOINTED MEMBERS OF UMNO SUPREME COUNCIL:
1. Datuk Seri Dr Rais Yatim
2. Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz
3. Senator Datuk Jamil Khir Baharom
4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
5. Datuk Seri Mohd Ali Rustam
6. Tan Sri Rafidah Aziz
7. Datuk Abdul Ghani Othman
8. Datuk Seri Shahidan Kassim
9. Datuk Aziz Sheikh Fadzir
10. Datuk Kamalia Ibrahim
11. Datuk Razali Ibrahim
12. Dr Wan Norashikin Wan Nordin

Please visit: www.alirustam.com

Ali Rustam's proposal: Administration & politics should be integrated

KANGAR, April 12--The menteri besar and chief ministers are more suitable for appointment as the respective State Umno Liaison Committee Chairmen, said Perlis Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

If the menteris besar or chief ministers were not appointed as chairmen of the State Umno Liaison Committee, he said it would be difficult to coordinate administrative matters related to politics.

Commenting on the proposal by Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam that administration and politics should be integrated, Md Isa said administration and politics should be placed under one leader at the state level.

"It's up to the Umno president to decide whom he wants to appoint as the Umno leader in the state," said Md Isa. Bernama

Please visit: www.alirustam.com

Saturday, March 28, 2009

Abdullah puji sikap Mohd Ali. Komitmen terhadap parti tetap utuh, tidak merajuk

DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi memuji sikap dan komitmen yang ditunjukkan Datuk Seri Mohd Ali Rustam terhadap parti keramat orang Melayu itu walaupun dihalang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti minggu ini.

Perdana Menteri berkata, daripada beberapa kenyataan yang dibuat Mohd Ali sejak Jawatankuasa Disiplin memutuskan dia tidak boleh bertanding dan selepas Jawatankuasa Rayuan menolak rayuannya, menunjukkan beliau seorang pemimpin yang sayangkan parti dan sentiasa setia bersama Umno.

"Saya sudah memaklumkan (tanya) beliau apakah sikap saudara dalam keadaan saudara menghadapi masalah ini kerana kita nak tahu apa sikap orang yang menghadapi masalah.

"Nampaknya beliau tak merajuk tetapi berjanji meneruskan perjuangan demi Umno dan masa depannya. Saya percaya beliau akan terus memberi khidmat kepada parti dan ini adalah sikap yang terpuji," kata Abdullah kepada wartawan.

Ditanya mengenai penolakan rayuan Ketua Menteri Melaka itu oleh Jawatankuasa Rayuan, Abdullah percaya jawatankuasa berkenaan sudah meneliti dengan mendalam keputusan Jawatankuasa Disiplin dan rayuan dikemukakan Mohd Ali sebelum membuat keputusannya.

Mengenai penyokong Mohd Ali yang mungkin tidak bersetuju atau mempertikaikan keputusan kedua-dua jawatankuasa itu, Perdana Menteri berkata, terpulang kepada Mohd Ali untuk memberi penjelasan kepada mereka. Berita Harian Online

Sila Kunjungi: www.alirustam.com

Ali Rustam syor KM, MB dilantik secara automatik jawatan MT

KETUA Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencadangkan supaya semua Menteri Besar dan ketua Menteri dilarang bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) sebaliknya dilantik secara automatik ke jawatan itu.

Bekas Naib Presiden Umno itu berkata, kekalahan empat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dalam perebutan jawatan MT, akan menimbulkan kekeliruan kononnya mereka tidak mendapat sokongan akar umbi, sekali gus dijadikan isu oleh pembangkang.

"Perlembagaan perlu dipinda bagi membolehkan Pengerusi Perhubungan Negeri yang juga Menteri Besar atau Ketua Menteri dilantik jadi ahli MT supaya tidak timbul kekeliruan, seolah-olah kita menolak ketua negeri dan pembangkang akan guna isu ini untuk melemahkan kepemimpinan Umno negeri terutama dalam pilihan raya.


"Mungkin perwakilan tidak berniat demikian (tidak memilih Menteri Besar ke jawatan MT), mungkin mereka berpendapat mereka boleh dilantik automatik ke jawatan berkenaan," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.


Kelmarin, keputusan pemilihan bagi kerusi MT menyaksikan kekalahan semua Menteri Besar yang bertanding iaitu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu; Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, bagaimanapun menjadi pilihan perwakilan, malah mendapat undi ketiga tertinggi dengan 2,084 undi.

Selain itu, Mohd Ali menggesa supaya kepemimpinan Umno yang baru melaksanakan semua keputusan yang sudah dipersetujui parti.

Beliau berkata, banyak keputusan parti sebelum ini tidak dilaksanakan menyebabkan parti semakin lemah.

"Saya yakin dan percaya barisan kepemimpinan baru ini mampu menguatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) serta membaiki segala kelemahan," katanya. Berita Harian online

Sila kunjungi: www.alirustam.com

Ali Rustam tetap diingati

MESKIPUN tidak dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd. Ali Rustam tetap tidak dilupakan.

Buktinya buku Mohd. Ali Rustam: Dari Sejarah Ke Sejarah tulisan Yusof Harun tetap menarik perhatian pada Perhimpunan Agung UMNO 2008.

Ia bukan sahaja dibeli penyokong bekas Naib Presiden UMNO itu malah lawannya serta veteran-veteran UMNO yang mahu menjadikannya koleksi peribadi. utusanonline

Sila ke website: www.alirustam.com

Thursday, March 26, 2009

Ali Rustam Congratulates Muhyiddin

KUALA LUMPUR, March 27 -- Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam congratulated Tan Sri Muhyiddin Yassin who was elected the new Umno deputy president as well as the others who had won the various posts in the Umno Supreme Council.

Mohd Ali said he was confident the new leadership line-up could strengthen the party and regain the people's support for Umno.

"I will continue to give my support and full cooperation for the sake of Umno's future as well as that of the country," he told Bernama, here today.
Bernama

Tahniah Umno!


Kami ingin mengucapkan tahniah kepada barisan pemimpin baru Umno dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib.

Kami mendoakan semoga Umno dapat terus berusaha membela agama, bangsa dan negara. Amin.

Saturday, March 21, 2009

"Cantas mencantas budaya yang tidak sihat dalam UMNO", Dato' Seri Najib

Dalam satu siaran berita di BernamaTV (22 Mac), saya mendengar luahan marah dan kecewa oleh Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib yang mengatakan budaya negatif cantas mencantas sering berlaku dalam Umno.

Apabila ianya berlaku, UMNO sering kehilangan pemimpin-pemimpin yang berpotensi ini apabila mereka merasa marah dan kecewa lantas keluar atau bertukar ke parti lain.

Namun buat Datuk Seri Ali Rustam, beliau telah melihat perkara ini berlaku banyak kali di depan mata beliau dan kini mengalaminya sendiri. Berbezanya pemimpin-pemimpin yang pernah dicantas dulu, Datuk Seri Ali Rustam masih mengatakankan kesetiaannya pada UMNO dan menyerahkan jiwa dan raganya pada UMNO.

Seluruh rakyat Malaysia kini sedar bahawa Datuk Seri Ali Rustam seorang yang matang, penyabar, tak mudah melatah dan tidak suka menyalahkan orang lain. Inilah kualiti seorang pemimpin yang amat diperlukan sekarang. Saya percaya suasana politik hari ini memerlukan pemimpin yang ada 'human touch' dan ini yang ada pada Datuk Seri Ali Rustam.

Sayang seribu kali sayang, pemimpin berkaliber dan mesra rakyat ini dilarang masuk gelanggang untuk bertanding. Kami hanya mampu angkat tangan berdoa bersama Datuk Seri Ali Rustam agar larangan bertanding ini ditarik balik.

Othman Hamzah,
Pengasas alirustam.com


"Detik mencabar dalam hidup", Ali Rustam

MELAKA 21 Mac – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan keputusan Lembaga Disiplin UMNO melarang beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden parti sebagai detik paling mencabar dalam tempoh 41 tahun beliau berkecimpung dalam parti.

Namun begitu, beliau yang menyertai parti sejak berusia 18 tahun boleh menghadapi serta menerima keputusan itu dengan tenang dan hati terbuka kerana niatnya ikhlas untuk berkhidmat kepada parti, rakyat dan negara.

“Saya fikir ini adalah detik yang mencabar. Saya telah melalui proses ini begitu lama daripada peringkat cawangan hingga ke Naib Presiden UMNO, jadi dah tengok banyak insiden dalam UMNO dan saya fikir adalah amat penting kita ikut niat kita.

“Saya fikir adalah amat penting kita ikut niat kita. Niat saya untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada parti, bangsa dan negara. Inilah pegangan saya, sebab itu kalau ada apa-apa berlaku saya sudah bersedia menghadapinya,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan Alias Mihad, 23, dengan pasangannya Nurfadila Noorle, 21, di Taman Saujana Indah, Bukit Katil di sini hari ini.

Mohd. Ali mengulas keputusan Panel Rayuan UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zuki Kamaluddin semalam, menolak rayuannya untuk mengetepikan keputusan Lembaga Disiplin yang melarang beliau bertanding pada pemilihan parti minggu depan.

Zuki berkata, keputusan Lembaga Disiplin dikekalkan dan ia berkuat kuasa serta-merta seperti yang tertakluk di bawah Fasal 29C Perlembagaan UMNO.

Selasa lalu, Lembaga Disiplin parti yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen membuat keputusan melarang Mohd. Ali bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti minggu depan. Beliau didapati bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO apabila tiga ejennya mengamalkan politik wang.

Mohd. Ali menjelaskan, beliau menerima keputusan Panel Rayuan menolak permohonannya untuk mengetepikan larangan Lembaga Disiplin daripada bertanding pada pemilihan parti minggu depan.

Menurutnya, beliau hanya mampu berdoa supaya rayuan itu diterima ketika menghantar surat kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, Lembaga Disiplin dan Panel Rayuan pada 18 Mac lalu.

Sehubungan itu beliau akan tetap menghadiri Perhimpunan Agung UMNO bermula Selasa ini selain menjalankan tugas-tugas parti dan kerajaan seperti biasa. “Saya menerima keputusan Panel Rayuan untuk meneruskan apa yang telah diputuskan oleh Lembaga Disiplin sebelum ini dengan hati terbuka. Bagi saya tidak wujud rasa kecewa dengan keputusan ini. Saya sentiasa berpendapat kita perlu menghadapi sebarang keadaan,’’ katanya.

Beliau turut meminta penyokong agar bersikap tenang dan bersabar menerima keputusan yang dibuat oleh Panel Rayuan parti. “Saya minta mereka semua menghadiri Perhimpunan Agung UMNO seperti biasa kerana saya juga akan hadir,” katanya.

Ditanya adakah karier politiknya sudah berakhir selepas gagal dalam rayuannya untuk bertanding, Mohd. Ali berkata: “Ini saya serahkan kepada keadaan. Yang penting, saya nak berkhidmat kepada parti, negara dan rakyat sebaik mungkin untuk membela rakyat jelata.
“Inilah juga asas perjuangan UMNO untuk membela bangsa, agama dan tanah air. Yang lain-lain adalah perkara kedua.” Utusanonline

It's The Most Challenging Period, Says Ali Rustam

MELAKA, March 21 -- Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam has described his disqualification from contesting the Umno deputy presidency as the most challenging period of his involvement in the party.

He said, however, he accepted the decision with an open mind as he was sincere in his commitment to the party, the people and the country."What is most important, we are guided by our purpose. This is my belief, that is why whatever happened to me, I am ready to face it," he told reporters after attending a wedding reception at Taman Saujana Indah, Bukit Katil here today.


Mohd Ali, 59, who was going for the Umno deputy president's post, was barred from contesting in the party polls after the party's disciplinary board found him guilty of breaching party ethics on money politics on Tuesday.The Umno appeals panel yesterday unanimously rejected Mohd Ali's appeal against the decision to bar him from contesting in party elections next week.


Asked whether he was disappointed with the appeal panel's decision, he said, "I was ready to accept whatever decision with an open heart. Sometime it is good, sometime it is not so good, sometime it is challenging."Mohd Ali, who joined Umno when he was 18, said he stayed calm as he had gone through turmoil in the party.


Asking his supporters to remain calm, he said he would continue to carry out his duty in the party and the government, and attend the Umno general assembly next week.With him ousted from the contest for the deputy presidency, he asked the delegates to chose wisely between the two contenders - Tan Sri Muhyiddin Yassin and Tan Sri Muhammad Muhd Taib."We are first among friends, whoever wins be a good leader, whoever lose be a good follower, only then the party will be safe," he said.


Mohd Ali urged Umno members give full support to incoming president Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak to enable the new leadership to strengthen the party and the government for the betterment of the people.-- BERNAMA

Friday, March 20, 2009

MT tidak upaya jadi 'mahkamah rayuan'

KUALA LUMPUR 19 Mac - Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak mempunyai keupayaan untuk memutuskan kes rayuan ahlinya yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti kerana terlibat politik wang baru-baru ini.


Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan Lembaga Disiplin UMNO perlu dihormati demi masa depan parti itu terutama ketika UMNO juga berhadapan dengan soal keadilan sosial serta politik semasa.


Katanya, walaupun rayuan boleh dibuat kepada MT, fakta-fakta berhubung kes politik wang yang dihadapi pihak terbabit dimiliki oleh Lembaga Disiplin UMNO. "Kita tidak mahu UMNO dilihat oleh pelbagai pihak sebagai satu badan yang enggan akur pada keputusannya sendiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau yang juga Menteri Luar mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa MT tidak lagi mempunyai kuasa ke atas ahli-ahlinya sejak kebelakangan ini sebaliknya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin.


Menurutnya, jika MT dianggap sebagai 'Mahkamah Rayuan' walaupun ia tidak boleh dianggap begitu, kerana fungsi keseluruhannya telah diberi kepada Lembaga Disiplin.
Lembaga Disiplin katanya, telah diberi kuasa untuk memutuskan prinsip-prinsip siasatan, fakta dan peruntukan termasuk di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO.


Dalam pada itu Rais berkata, MT bukan tiada kuasa tetapi kewajaran sistem yang wujud ialah laporan diserahkan kepada MT dan terpulang pada pendirian dan penelitiannya untuk membuat keputusan.


Menurutnya, dalam apa pun, MT tidak boleh menidakkan proses keadilan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin demi menyelamatkan masa depan UMNO.
Kelmarin Lembaga Disiplin UMNO memutuskan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bersalah kerana melanggar Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO dan dilarang daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan minggu depan.


Bagaimanapun Mohd. Ali semalam memberitahu, beliau akan membuat rayuan kepada MT atas hukuman yang dikenakan terhadapnya.

utusanonline

Ali Rustam's appeal rejected

KUALA LUMPUR, Fri 20th March:
Umno appeals panel has upheld the disciplinary board's decision to bar Datuk Seri Ali Rustam from contesting in the party elections next week.

Bernama adds: Its chairman Tan Sri Mohd Zuki Kamaluddin said the panel upheld the Umno Disciplinary Board''s decision to bar Mohd Ali him from contesting in the elections in line with Article 29(C) of the Umno constitution. "Mohd Ali is appealing against the punishment. However, after considering all factors, his appeal is rejected," he said in a five-paragraph statement distributed to the media at the Umno headquarters here.

On Tuesday, the Umno Disciplinary Board barred the Malacca chief minister from contesting in the elections after finding him guilty of money politics. Mohd Ali had been one of three contenders for the post of Umno deputy president. The others are International Trade and Industry Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, and Rural and Regional Development Minister Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Meanwhile, Mohd Ali said there was no reason for him to step down as insisted by the opposition.
nstonline

Ali Rustam Sees No Reason To Resign

MELAKA, March 20. Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said there was no reason for him to step down as insisted by the opposition.

Commenting on a memorandum from Keadilan Melaka Youth chief Mohd Hairiz Nordin urging him to resign as chief minister over alleged money politics, Mohd Ali said it was a political ploy which he would not entertain.

At another function, Mohd Ali said he yet to be contacted by the Umno Appeal Committee over his appeal against his disqualification to contest the party's deputy presidency because of alleged involvement in money politics.
BERNAMA

Thursday, March 19, 2009

"Hukuman bukan sebab politik wang", Datuk Shahrir Abdul Samad

PETALING JAYA 19 Mac - Hukuman yang dikenakan oleh Lembaga Disiplin UMNO ke atas beberapa ahli parti bukan hanya berkaitan politik wang tetapi lebih kepada pelanggaran Tataetika Ahli UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) berkata, tindakan tersebut berikutan pelanggaran etika kerana menggunakan ejen untuk berkempen melalui cara tertentu.

Menurutnya, pendedahan secara meluas berkenaan isu itu telah memberikan gambaran bahawa masalah politik wang dalam UMNO sangat serius sehingga menyebabkan pihak luar melenting dan mahu membuat laporan polis.

"Ekoran penjelasan yang tidak seberapa, orang yang baca pun ingat politik wang. Kalau kita meneliti, ia sebenarnya lebih kepada pelanggaran etika dalam pertandingan. Ini sebenarnya masalah dalaman dan jika dikendalikan dengan cara dalaman, Insya-Allah dapat selesai. "Namun apabila didedahkan, ia seolah-olah berada dalam keadaan tidak terkawal dan menjadi lebih rumit," katanya pada sidang akhbar Konsert Radio Rosak 2009 untuk Tabung Gaza di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Lembaga Disiplin menggantung keahlian beberapa ahli parti termasuk melarang calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam daripada bertanding pada pemilihan parti minggu depan.

Bagaimanapun, Shahrir tidak menafikan bahawa tindakan Lembaga Disiplin itu menimbulkan kebimbangan seolah-olah terdapat satu bentuk pengasingan kuasa dalam UMNO.
Sehubungan itu, beliau berkata, UMNO harus bersikap lebih terbuka dan memerlukan pembaharuan yang lebih menyeluruh bagi mencari kaedah yang sesuai untuk menangani masalah dalaman parti seperti politik wang dan pelanggaran etika.

"Saya rasa mungkin perlu ubah cara sedia ada untuk memilih pemimpin. UMNO mungkin harus membentuk satu sistem yang lebih mudah, telus dan demokratik dalam memilih pemimpin.
"Pandangan yang sama pernah dikemukakan sebelum ini dan saya rasa cadangan ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi nanti," katanya.
Utusan online

Mohd. Ali pejuang sebenar parti - Aziz Tapa

JASIN 19 Mac - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini adalah seorang pejuang sebenar parti kerana sikap terbuka beliau menerima keputusan tersebut.


Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa berkata, reputasi Naib Presiden UMNO itu yang dikenali sebagai paling kuat bekerja dan sanggup melakukan apa sahaja demi keutuhan parti membuktikan beliau seorang ahli yang begitu setia dan tidak patah semangat.


''Saya cukup mengenali beliau (Mohd. Ali) sejak daripada menjadi pemimpin belia melalui banyak pengalaman dalam politik di peringkat cawangan, bahagian, dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menjadi Ketua Menteri sehingga sekarang.

''Mohd. Ali adalah pejuang politik yang sebenar bermula daripada peringkat akar umbi. Segala pengalaman yang dilalui hingga membawanya menjadi Ketua Menteri sudah cukup membayangkan beliau seorang yang kuat kerja dan melakukan apa sahaja untuk parti,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Lembaga Disiplin parti melarang Mohd. Ali daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti minggu depan.
Lembaga Disiplin parti yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen mendapati Mohd. Ali bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO apabila tiga ejennya didapati bersalah mengamalkan politik wang.

Aziz seterusnya yakin Ketua Menteri Melaka itu tidak akan patah semangat untuk meneruskan perjuangan politik yang diceburi sejak 40 tahun lalu.
''Saya kagum dengan Mohd. Ali yang menerima hukuman itu dengan hati terbuka. Inilah semangat perjuangan parti yang sebenarnya. Beliau menghadapinya dengan tenang dan tidak melatah.

''Beliau masih muda dan pada usia 60 tahun karier politiknya masih belum berakhir dan apa yang berlaku akan menjadi pembakar semangatnya untuk bangkit semula," katanya.
Utusan Online

'Saya tidak mahu perpecahan'

SEREMBAN 19 Mac - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang dilarang daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan minggu depan, turut menghadiri program terakhir pengenalan calon-calon Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang diadakan di sini malam ini.

Beliau yang datang ke program tersebut dengan berbaju Melayu putih menjadi perhatian pada majlis tersebut malahan turut mendapat pujian daripada pelbagai peringkat kepimpinan UMNO.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapan pengenalan itu turut menarik perhatian perwakilan dan pemerhati apabila memuji sikap Mohd. Ali yang datang pada program tersebut dengan semangat cintakan parti. ''Saya terharu apabila membaca kenyataan Mohd. Ali yang menyebut, beliau akan berkorban apa sahaja, jiwa mahupun raga demi memastikan parti ini terus kuat.

''Semangat yang ditunjukkan oleh Mohd. Ali wajar dicontohi semua ahli parti kerana tiada guna bersikap putus asa kerana ahli dan orang Melayu sudah tidak sanggup lagi melihat perpecahan demi perpecahan.

''Kehadiran Mohd. Ali pada malam ini menunjukkan rasa taat setia kepada UMNO dan bersama-sama meneruskan perjuangan walaupun telah dilarang bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang," kata beliau pada majlis pengenalan calon MT di Hotel Royale Bintang di sini malam ini.

Sebaik Mohamad selesai memuji kehadiran Mohd. Ali, sebahagian besar perwakilan yang jumlahnya melebihi 1,000 orang itu memberi tepukan gemuruh kepada Naib Presiden UMNO itu sambil dituruti calon-calon MT yang berada di atas pentas.

Mohd. Ali yang ditemui pemberita selepas itu memberitahu, beliau hadir atas rasa keinsafan dan tidak mahu melihat ada perpecahan dalam parti UMNO. ''Saya datang dengan semangat dan kekuatan UMNO yang ada dalam diri saya. Saya datang untuk memberikan sokongan kepada calon-calon yang bertanding termasuk calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib serta yang lain-lain," ujar beliau.

Ditanya rayuan yang dibuatnya, Mohd. Ali berkata, beliau masih menaruh harapan untuk bertanding dalam jawatan Timbalan Presiden dan menyerahkan apa juga keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan.

Sebelum itu, Mohd. Ali tiba di pekarangan lobi hotel berkenaan pada pukul 9.05 malam dan disambut dengan sorakan serta tepukan daripada penyokong, perwakilan dan pemerhati calon-calon pada majlis tersebut.
Utusan online