Dalam satu siaran berita di BernamaTV (22 Mac), saya mendengar luahan marah dan kecewa oleh Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib yang mengatakan budaya negatif cantas mencantas sering berlaku dalam Umno.Saturday, March 21, 2009
"Cantas mencantas budaya yang tidak sihat dalam UMNO", Dato' Seri Najib
Dalam satu siaran berita di BernamaTV (22 Mac), saya mendengar luahan marah dan kecewa oleh Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Najib yang mengatakan budaya negatif cantas mencantas sering berlaku dalam Umno."Detik mencabar dalam hidup", Ali Rustam
MELAKA 21 Mac – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan keputusan Lembaga Disiplin UMNO melarang beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden parti sebagai detik paling mencabar dalam tempoh 41 tahun beliau berkecimpung dalam parti.Namun begitu, beliau yang menyertai parti sejak berusia 18 tahun boleh menghadapi serta menerima keputusan itu dengan tenang dan hati terbuka kerana niatnya ikhlas untuk berkhidmat kepada parti, rakyat dan negara.
“Saya fikir ini adalah detik yang mencabar. Saya telah melalui proses ini begitu lama daripada peringkat cawangan hingga ke Naib Presiden UMNO, jadi dah tengok banyak insiden dalam UMNO dan saya fikir adalah amat penting kita ikut niat kita.
“Saya fikir adalah amat penting kita ikut niat kita. Niat saya untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada parti, bangsa dan negara. Inilah pegangan saya, sebab itu kalau ada apa-apa berlaku saya sudah bersedia menghadapinya,” katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan Alias Mihad, 23, dengan pasangannya Nurfadila Noorle, 21, di Taman Saujana Indah, Bukit Katil di sini hari ini.
Mohd. Ali mengulas keputusan Panel Rayuan UMNO yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zuki Kamaluddin semalam, menolak rayuannya untuk mengetepikan keputusan Lembaga Disiplin yang melarang beliau bertanding pada pemilihan parti minggu depan.
Zuki berkata, keputusan Lembaga Disiplin dikekalkan dan ia berkuat kuasa serta-merta seperti yang tertakluk di bawah Fasal 29C Perlembagaan UMNO.
Selasa lalu, Lembaga Disiplin parti yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen membuat keputusan melarang Mohd. Ali bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti minggu depan. Beliau didapati bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO apabila tiga ejennya mengamalkan politik wang.
Mohd. Ali menjelaskan, beliau menerima keputusan Panel Rayuan menolak permohonannya untuk mengetepikan larangan Lembaga Disiplin daripada bertanding pada pemilihan parti minggu depan.
Menurutnya, beliau hanya mampu berdoa supaya rayuan itu diterima ketika menghantar surat kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, Lembaga Disiplin dan Panel Rayuan pada 18 Mac lalu.
Sehubungan itu beliau akan tetap menghadiri Perhimpunan Agung UMNO bermula Selasa ini selain menjalankan tugas-tugas parti dan kerajaan seperti biasa. “Saya menerima keputusan Panel Rayuan untuk meneruskan apa yang telah diputuskan oleh Lembaga Disiplin sebelum ini dengan hati terbuka. Bagi saya tidak wujud rasa kecewa dengan keputusan ini. Saya sentiasa berpendapat kita perlu menghadapi sebarang keadaan,’’ katanya.
Beliau turut meminta penyokong agar bersikap tenang dan bersabar menerima keputusan yang dibuat oleh Panel Rayuan parti. “Saya minta mereka semua menghadiri Perhimpunan Agung UMNO seperti biasa kerana saya juga akan hadir,” katanya.
Ditanya adakah karier politiknya sudah berakhir selepas gagal dalam rayuannya untuk bertanding, Mohd. Ali berkata: “Ini saya serahkan kepada keadaan. Yang penting, saya nak berkhidmat kepada parti, negara dan rakyat sebaik mungkin untuk membela rakyat jelata.
“Inilah juga asas perjuangan UMNO untuk membela bangsa, agama dan tanah air. Yang lain-lain adalah perkara kedua.” Utusanonline
It's The Most Challenging Period, Says Ali Rustam
MELAKA, March 21 -- Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam has described his disqualification from contesting the Umno deputy presidency as the most challenging period of his involvement in the party.Friday, March 20, 2009
MT tidak upaya jadi 'mahkamah rayuan'
KUALA LUMPUR 19 Mac - Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak mempunyai keupayaan untuk memutuskan kes rayuan ahlinya yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin parti kerana terlibat politik wang baru-baru ini.
Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, keputusan Lembaga Disiplin UMNO perlu dihormati demi masa depan parti itu terutama ketika UMNO juga berhadapan dengan soal keadilan sosial serta politik semasa.
Katanya, walaupun rayuan boleh dibuat kepada MT, fakta-fakta berhubung kes politik wang yang dihadapi pihak terbabit dimiliki oleh Lembaga Disiplin UMNO. "Kita tidak mahu UMNO dilihat oleh pelbagai pihak sebagai satu badan yang enggan akur pada keputusannya sendiri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Luar mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa MT tidak lagi mempunyai kuasa ke atas ahli-ahlinya sejak kebelakangan ini sebaliknya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin.
Menurutnya, jika MT dianggap sebagai 'Mahkamah Rayuan' walaupun ia tidak boleh dianggap begitu, kerana fungsi keseluruhannya telah diberi kepada Lembaga Disiplin.
Lembaga Disiplin katanya, telah diberi kuasa untuk memutuskan prinsip-prinsip siasatan, fakta dan peruntukan termasuk di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO.
Dalam pada itu Rais berkata, MT bukan tiada kuasa tetapi kewajaran sistem yang wujud ialah laporan diserahkan kepada MT dan terpulang pada pendirian dan penelitiannya untuk membuat keputusan.
Menurutnya, dalam apa pun, MT tidak boleh menidakkan proses keadilan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin demi menyelamatkan masa depan UMNO.
Kelmarin Lembaga Disiplin UMNO memutuskan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bersalah kerana melanggar Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO dan dilarang daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pada pemilihan minggu depan.
Bagaimanapun Mohd. Ali semalam memberitahu, beliau akan membuat rayuan kepada MT atas hukuman yang dikenakan terhadapnya.utusanonline
Ali Rustam's appeal rejected
KUALA LUMPUR, Fri 20th March:Umno appeals panel has upheld the disciplinary board's decision to bar Datuk Seri Ali Rustam from contesting in the party elections next week.
Bernama adds: Its chairman Tan Sri Mohd Zuki Kamaluddin said the panel upheld the Umno Disciplinary Board''s decision to bar Mohd Ali him from contesting in the elections in line with Article 29(C) of the Umno constitution. "Mohd Ali is appealing against the punishment. However, after considering all factors, his appeal is rejected," he said in a five-paragraph statement distributed to the media at the Umno headquarters here.
nstonline
Ali Rustam Sees No Reason To Resign
Commenting on a memorandum from Keadilan Melaka Youth chief Mohd Hairiz Nordin urging him to resign as chief minister over alleged money politics, Mohd Ali said it was a political ploy which he would not entertain.
At another function, Mohd Ali said he yet to be contacted by the Umno Appeal Committee over his appeal against his disqualification to contest the party's deputy presidency because of alleged involvement in money politics.
BERNAMA
Thursday, March 19, 2009
"Hukuman bukan sebab politik wang", Datuk Shahrir Abdul Samad
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) berkata, tindakan tersebut berikutan pelanggaran etika kerana menggunakan ejen untuk berkempen melalui cara tertentu.
Menurutnya, pendedahan secara meluas berkenaan isu itu telah memberikan gambaran bahawa masalah politik wang dalam UMNO sangat serius sehingga menyebabkan pihak luar melenting dan mahu membuat laporan polis.
"Ekoran penjelasan yang tidak seberapa, orang yang baca pun ingat politik wang. Kalau kita meneliti, ia sebenarnya lebih kepada pelanggaran etika dalam pertandingan. Ini sebenarnya masalah dalaman dan jika dikendalikan dengan cara dalaman, Insya-Allah dapat selesai. "Namun apabila didedahkan, ia seolah-olah berada dalam keadaan tidak terkawal dan menjadi lebih rumit," katanya pada sidang akhbar Konsert Radio Rosak 2009 untuk Tabung Gaza di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Lembaga Disiplin menggantung keahlian beberapa ahli parti termasuk melarang calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam daripada bertanding pada pemilihan parti minggu depan.
Bagaimanapun, Shahrir tidak menafikan bahawa tindakan Lembaga Disiplin itu menimbulkan kebimbangan seolah-olah terdapat satu bentuk pengasingan kuasa dalam UMNO.
Sehubungan itu, beliau berkata, UMNO harus bersikap lebih terbuka dan memerlukan pembaharuan yang lebih menyeluruh bagi mencari kaedah yang sesuai untuk menangani masalah dalaman parti seperti politik wang dan pelanggaran etika.
"Saya rasa mungkin perlu ubah cara sedia ada untuk memilih pemimpin. UMNO mungkin harus membentuk satu sistem yang lebih mudah, telus dan demokratik dalam memilih pemimpin.
"Pandangan yang sama pernah dikemukakan sebelum ini dan saya rasa cadangan ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi nanti," katanya.
Utusan online
Mohd. Ali pejuang sebenar parti - Aziz Tapa
Tokoh veteran UMNO, Tan Sri Aziz Tapa berkata, reputasi Naib Presiden UMNO itu yang dikenali sebagai paling kuat bekerja dan sanggup melakukan apa sahaja demi keutuhan parti membuktikan beliau seorang ahli yang begitu setia dan tidak patah semangat.
Lembaga Disiplin parti yang dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen mendapati Mohd. Ali bersalah di bawah Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO apabila tiga ejennya didapati bersalah mengamalkan politik wang.
''Saya kagum dengan Mohd. Ali yang menerima hukuman itu dengan hati terbuka. Inilah semangat perjuangan parti yang sebenarnya. Beliau menghadapinya dengan tenang dan tidak melatah.
'Saya tidak mahu perpecahan'
Beliau yang datang ke program tersebut dengan berbaju Melayu putih menjadi perhatian pada majlis tersebut malahan turut mendapat pujian daripada pelbagai peringkat kepimpinan UMNO.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapan pengenalan itu turut menarik perhatian perwakilan dan pemerhati apabila memuji sikap Mohd. Ali yang datang pada program tersebut dengan semangat cintakan parti. ''Saya terharu apabila membaca kenyataan Mohd. Ali yang menyebut, beliau akan berkorban apa sahaja, jiwa mahupun raga demi memastikan parti ini terus kuat.
''Semangat yang ditunjukkan oleh Mohd. Ali wajar dicontohi semua ahli parti kerana tiada guna bersikap putus asa kerana ahli dan orang Melayu sudah tidak sanggup lagi melihat perpecahan demi perpecahan.
''Kehadiran Mohd. Ali pada malam ini menunjukkan rasa taat setia kepada UMNO dan bersama-sama meneruskan perjuangan walaupun telah dilarang bertanding sebagai Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang," kata beliau pada majlis pengenalan calon MT di Hotel Royale Bintang di sini malam ini.
Sebaik Mohamad selesai memuji kehadiran Mohd. Ali, sebahagian besar perwakilan yang jumlahnya melebihi 1,000 orang itu memberi tepukan gemuruh kepada Naib Presiden UMNO itu sambil dituruti calon-calon MT yang berada di atas pentas.
Mohd. Ali yang ditemui pemberita selepas itu memberitahu, beliau hadir atas rasa keinsafan dan tidak mahu melihat ada perpecahan dalam parti UMNO. ''Saya datang dengan semangat dan kekuatan UMNO yang ada dalam diri saya. Saya datang untuk memberikan sokongan kepada calon-calon yang bertanding termasuk calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib serta yang lain-lain," ujar beliau.
Ditanya rayuan yang dibuatnya, Mohd. Ali berkata, beliau masih menaruh harapan untuk bertanding dalam jawatan Timbalan Presiden dan menyerahkan apa juga keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan.
Sebelum itu, Mohd. Ali tiba di pekarangan lobi hotel berkenaan pada pukul 9.05 malam dan disambut dengan sorakan serta tepukan daripada penyokong, perwakilan dan pemerhati calon-calon pada majlis tersebut.
Utusan online
'Tidak ada konspirasi untuk jatuhkan saya', Datuk Ali
Mengenai satu cadangan bahawa beliau boleh meminta Pendaftar Pertubuhan menghalang pemilihan UMNO dijalankan jika tindakan terhadapnya itu tidak sah, Mohd. Ali berkata, beliau hanya ingin bertindak melalui saluran parti.
Mengenai cadangan sesetengah pihak yang mahu membawa usul supaya Lembaga Disiplin UMNO dimansuhkan kerana ada badan lain yang boleh melakukan fungsi yang sama, Mohd. Ali berkata: "Kita telah tubuhkan dan kita menghormati lembaga yang kita telah tubuhkan."
Beliau meminta supaya semua penyokongnya bertenang dan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO dari 24 hingga 28 Mac ini seperti biasa.
Kepada soalan mengenai siapa yang akan disokongnya untuk jawatan Timbalan Presiden, Mohd. Ali berkata, itu terpulang kepada perwakilan. "Penyokong saya pun bebas memilih siapa yang mereka fikir paling layak," katanya.
Mohd. Ali berkata, beliau telah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. - Bernama
Wednesday, March 18, 2009
Ali: My body, soul for Umno
Twenty-four hours after learning that he had been barred from contesting Umno's No. 2 post, Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam continued to put up a brave front and with his trademark smile.Making his way to the small hall at his home in Seri Bendahara to meet the press, the ever smiling Ali was greeted by his supporters from all state Barisan Nasional component parties as well as members of the public.
At 8.20am, Ali, surrounded by his supporters, officially said he accepted the decision by the Umno disciplinary board with an open heart and that he would be making an appeal to overturn the decision."I met them (the board) a few days ago and pleaded my innocence but the decision was against me and I would have to adhere to the decision. "I would submit the appeal letter today (yesterday) to Umno president and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and his deputy, Datuk Seri Najib Razak," he said to loud cheer from his supporters.
Seated with his wife, Datin Seri Asmah Abdul Rahman, Ali said he would carry out his party and government duties as normal."I am still the chief minister," he said. Ali told the crowd of 50 supporters and state leaders that he would not leave the party over this issue. "I am willing to sacrifice my body and soul for Umno... I will continue to work for the party as I am a party man and will always be loyal to Umno."I ask all my supporters to remain calm and accept the decision by the Umno disciplinary board as the party should be their priority and not an individual."He urged his supporters to help ensure a smooth transition of power to Najib.
Asked if there was a conspiracy to prevent him from contesting, Ali shrugged it off with his trademark smile."The board acted within the powers given to it and its members," he said.
nstonline
Datuk Ali to appeal the decision barring him to contest
Ali, currently a vice-president, was found guilty of association with agents who were involved in money politics on his behalf.
Monday, March 16, 2009
Ali Rustam: BN men have good chance of winning
He said both Ismail Safian and Datuk S. Ganesan had strong support from the coalition members and voters in these constituencies."We used to field candidates who were favoured by the party, but the locals did not support them," he said after a special session to introduce Umno supreme council candidates to Pahang delegates here on Saturday.Ali said BN had learnt its lesson and would only choose candidates accepted by locals.At the same time, he said the BN government would not implement development projects, known as the "instant noodles" approach, during the campaigning period.
Earlier, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob advised delegates to put the party above their personal interests."It's a huge responsibility as we have to choose leaders who can help incoming party president Datuk Seri Najib Razak strengthen the party and develop the country."Almost all the 66 candidates in the party polls attended the function, including those contesting the deputy president's post namely Ali, Tan Sri Muhyiddin Yassin and Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.
Sunday, March 15, 2009
Kita bertanding secara sahabat
Turut hadir tiga calon yang menawarkan diri jawatan Timbalan Presiden UMNO iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, selain beliau sendiri serta calon-calon Naib Presiden dan MT.
“Kita serahkan kepada kebijaksanaan lembaga disiplin,” katanya.
Saturday, March 14, 2009
Mr Likeable cashing in on charm
There was no mistaking the buzz surrounding him as he made his way through the crowd in a bright orange batik shirt and a smile that never left his face the entire evening.
The Malacca Chief Minister was born with what some call a “smiling face” and it has become a key asset in the contest for the Umno deputy president’s post.
Mohd Ali is one of three men vying for the No. 2 seat and Umno straw polls apparently have him in the lead. Hence, the crowd milling around him were probably imagining that they were shaking hands with the next deputy prime minister.
Even his campaign calling card is larger and more colourful than that of other candidates.
He not only passes out three types of name cards but they are also the most functional among all the candidates because on the back of the cards are printed with useful information.
One card has a list of candidates vying for posts, another is about the World Assembly of Youth of which he is president and the third is about the Dunia Melayu Dunia Islam network also headed by him.
Mohd Ali, 59, is the dark horse that has surprised the sceptics.
When he offered himself for the post, there were unkind remarks about his experience and qualifications and also his proficiency in English.
He had only been a vice-president in Umno for a term and his administrative experience has been mostly in Malacca although he had spent some time at the federal level as a deputy minister.
He has evidently absorbed all that has been written about him because he pointedly used English throughout the interview even when the questions were directed in Malay.
And he made quite a song and dance about his experience in the Government and as an Umno politician.
He has been in Umno for 41 years and a wakil rakyat for 23 years. This man is no parachute politician. He started right at the bottom and he has gone up the ladder step by step.
And this is probably why the ordinary Umno member connects so easily with him. They identify with him because they see him as one of them.
He is also aware that there is doubt whether he can immediately assume the post of deputy prime minister if he wins because he is an assemblyman and not an MP.
He would need to become a Senator or contest a Parliamentary by-election.
But given the turbulent climate for Umno, wouldn’t a by-election be risky business?
Not necessarily so, according to him, because, Umno has not conceded a single seat in any election in Malacca since 1969. The party apparently has a perfect record of wins.
Mohd Ali’s career path has been quite similar to that of the other two contenders. All have federal as well as state experience except that Tan Sri Muhyiddin Yassin and Tan Sri Muhammad Muhammad Taib were in charge of the country’s premier states.
He is fighting a perception war on the one hand about whether he is truly qualified for the top job against a more seriously qualified candidate such as Muhyiddin.
On the other hand, he has been riding high on his image as a grassroots man or rather as Mr Likeable.
Or as some say, his personality and approach appeals to the G7 (the seven elected delegates from each division) while a candidate like Muhyiddin appeals mostly to the G6 (the other six delegates from each division who will attend the general assembly because they are office-bearers). Umno politics has often revolved around personalities and this could not be truer than in the contest for the deputy president.
If Mohd Ali wins, he will be the second deputy president to come from Malacca. The first was the late Tun Ghafar Baba, also a very popular grassroots man who was loved for his simple lifestyle and ideas. Said Mohd Ali: “I don’t mind being compared with Tun Ghafar. People liked him a lot.”
The following is part of a question-and-answer conducted on Friday with the Umno No. 2 hopeful.
Q. If you win, will there be problems for you to become deputy prime minister because you are an assemblyman and not an MP?
A. To be deputy prime minister, you can be a senator or an MP. It is up the Prime Minister. If he wants, you can go through the Senate or there can be a by-election.
It will be risky to have a by-election?
In Malacca, Umno candidates have never lost in any election since 1969. We always win.
Are you leading in the contest?
I feel okay and I really hope so. I think we can get the votes we are supposed to get. All the candidates have an equal chance and I hope to be given the opportunity to be the winner. I feel the chance is there.
Your campaign machinery is said to be the most organised.
I know the members because I have been in the party for a very long time, 41 years. I have been a wakil rakyat for 23 years and this is my third term as Chief Minister. I have been around the world promoting Malacca. I started from the bottom. I know them, they know me. It is like your friends have become your supporters. I try to answer their calls and their SMS even when I am in Britain or the US. I can still run Malacca when I am overseas.
People SMS me when there is water shortage, they are having a wedding and there is no water. I will forward the message to the water authority and ask them to take action.
Are you upset when people say your proficiency in English is not so good?
It doesn’t matter to me, I am not sensitive. It is not so bad.
You are seen as Pak Lah’s candidate.
I am a candidate for everybody. There is nothing wrong to be Pak Lah’s candidate. I think it is good if people think I am his candidate. I told him I was going to contest. He did not stop me. I know what (Datuk Seri) Nazri Aziz said (that Mohd Rustam does not have what it takes to be a deputy prime minister). It is okay, I am not angry.
People are entitled to their own opinion. When you are going for a post, some people will support you and some people will be against you. When I went for the vice-president post (in 2004), he supported me. Maybe next time, he will be with me.
Do you see yourself as prime minister material?
I don’t think so far. I am contesting this post because there is a vacancy. If not, I would not have gone for it. There were other people like (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamid and (Datuk) Nur Jazlan who wanted to contest.
Thursday, March 12, 2009
Datuk Ali Sentiasa Bersikap 'Action Oriented'
Monday, March 9, 2009
Survey: Ali Rustam The Front-Runner for Umno's Deputy President
Friday, March 6, 2009
Kelayakan Serta Keistimewaan YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Pada hari ini hati saya tergerak untuk memberi pandangan saya serta pemerhatian saya terhadap YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, yang kini akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno Malaysia.
Saya sudah mengenali Mohd Ali Rustam hampir 30 tahun. Beliau pada hari ini merupakan seorang pemimpin yang disayangi seluruh rakyat negeri Melaka dan seluruh Malaysia. Semua orang kenal siapa Mohd Ali Rustam. Saya dapati beliau merupakan seorang pemimpin yang berwawasan serta mesra dengan sesiapa sahaja.
Beliau merupakan seorang pemimpin yang dikenali seluruh dunia kerana penglibatan beliau di dalam Pertubuhan Belia Sedunia ( W.A.Y) di mana beliau adalah presidennya. Beliau juga adalah presiden Dunia Melayu Dunia Islam yang bermatlamatkan perpaduan umat Melayu di seluruh nusantara di dalam aspek ekonomi, kebudayaan, dan lain-lain.
Bercakap berkenaan dengan kebolehan serta keistimewaan beliau sebagai seorang pemimpin, kita boleh melihat pembangunan yang pesat yang sedang berlaku di negeri Melaka, di mana Melaka kini sebuah negeri yang sangat maju serta gemilang di mana pada tahun 2010 negeri Melaka akan mencapai taraf sebagai sebuah negeri maju di dalam semua aspek - ekonomi, sosial, dan lain-lain.
Saya merasa yakin jika beliau berjaya memegang jawatan Timbalan Presiden Umno Malaysia dan seterusnya menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau akan menggunakan pengalamannya untuk memajukan negara Malaysia di dalam pembangunan.
Dato' Syed Ahmad Bin Syed Kassim
Thursday, March 5, 2009
Datuk Seri Ali Rustam Arkitek Pembangunan Pelancongan
Pembangunan pelancongan yang diselaraskan dengan strategi pembangunan kerajaan negeri menjadi sektor utama dalam hiraki pembangunan negeri Melaka.Inilah resipi kejayaan Datuk Seri Ali Rustam, banyak transformasi dalam bidang pelancongan hingga menjadikan Melaka bercahaya setiap malam.
Bagi anak jati Melaka, Encik Mohd Zaidi Yaacob, 35, perkembangan pesat sektor pelancongan di Melaka membuat rakyat rasa bertuah kerana setiap hari terasa seperti melancong.
"Saya mungkin jarang melancong kerana bagi saya apa yang ada di Melaka sudah cukup untuk membuat saya seperti pelancong setiap hari. Boleh dikatakan, setiap bulan, ada saja aktiviti pelancongan diadakan menjadikan Melaka sentiasa dikunjungi pelancong dalam dan luar negara," katanya.
Monday, March 2, 2009
Antara Beca & Datuk Ali
Friday, February 27, 2009
Mengapa keris begitu bererti buat Datuk Ali Rustam?
Ramai yang kenal dengan keris, namun tidak banyak diketahui rahsia atau misteri di sebalik keris yang menyimpan pelbagai kisah menarik terutama tentang kepahlawanan Melayu.
Menyedari kewujudan keris yang kini cukup penting, bukan sahaja untuk istiadat Melayu, malah telah menjadi lambang negara Malaysia, pelbagai program dianjurkan untuk mendedahkan peranan dan keistimewaan senjata ampuh zaman berzaman itu.
Mohd. Ali berkata, sekretariat DMDI sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak yang mempunyai inisiatif untuk membudayakan keris di kalangan masyarakat Melayu pada hari ini supaya ia terus gah di serata pelusuk dunia.
Katanya, ini kerana, keris bukan hanya berharga dari aspek seni, malah ia melambangkan tamadun bangsa. ''Keistimewaan keris bukan sekadar senjata ampuh untuk bertikam, malah makna yang terdapat padanya adalah lebih tinggi bagi orang Melayu untuk mengenang kembali siapa dirinya, budaya dan asal usulnya.
''Keris dekat dengan sanubari orang Melayu sebagaimana dekatnya kita kepada Raja dan Sultan yang berdaulat," kata beliau. Mohd. Ali berkata, keris turut mengajar rakyat sesebuah negeri atau negara untuk taat kepada raja yang adil dan berdaulat kerana institusi raja mempunyai fungsi melangkaui batasan sosial dan politik.
''Keris juga mengingatkan kita tentang kekuatan fizikal, mental dan spritual yang harus dimiliki bagi memastikan kelangsungan kegemilangan bangsa kita," tambah beliau.
Thursday, February 26, 2009
Rakyat kagum Datuk Seri Ali Rustam bervisi jauh
Perkembangan Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri Ali Rustam diakui rakyat yang menyifatkan ia sesuatu yang cukup mengkagumkan.Pemilik kedai dobi, M.Kumar, 52, mengakui kemajuan yang dikecapi Melaka hari in berlaku tanpa disedarinya. Menurutnya, perancangan pembangunan dibuat begitu teliti dan percaya bahawa tugas itu bukanlah satu perkara yang mudah dilaksanakan.
"Sejak berniaga di sini 11 tahun lalu, pendapatan saya meningkat antara 10 hingga 30 peratus setiap tahun. Setiap tahun , bilangan pelancong semakin ramai hasil kebijaksanaan kerajaan Melaka mencipta produk pelancongan baru bagi mengekalkan nilai sejarahnya", katanya.
"Tahniah kepada Datuk Seri Ali Rustam, ternyata beliau pemimpin yang bervisi jauh dengan mengambil pendekatan yang inovatif", sambung Encik M.Kumar.
Tuesday, February 17, 2009
Rakyat diharap jangan buat kesilapan mengundi ADUN yang tidak bermoral
"Ia bukan sesuatu yang mengejutkan.....peletakan jawatan ini bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku dalam beberapa kes terdahulu. Ini juga sebenarnya satu pengajaran kepada rakyat dan diharap dalam pilihan raya kecil dewan undangan negeri (dun) itu kelak, pengundi tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.
Saturday, February 7, 2009
Ali Rustam takes lead for the Umno deputy president's post?
Mohd Ali, on the other hand, is said to be popular, approachable and “less threatening” than Muhyiddin.
Tahniah Umno. BN Perak & Dato' Zamry Abd Kadir
Peringatan Sultan Perak Wajar Diberi Perhatian Serius, Kata Datuk Seri Ali Rustam
Peringatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah agar sesuatu isu terutama membabitkan kepentingan dan keistimewaan orang Melayu tidak dipolitikkan semata-mata untuk mencari populariti murahan, wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Sunday, February 1, 2009
Untuk maju kita perlu memupuk nilai-nilai murni pada anak-anak Malaysia
Wednesday, January 28, 2009
Bubarkan sayap Umno?
Berikut adalah pandangan & komen YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang juga Naib Presiden Umno mengenai saranan membubarkan sayap Umno oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen.1. Cadangan ini perlu dibincangkan dengan lebih lanjut.
2. Pandangan saya adalah lebih baik jika diwujudkan suruhanjaya pemilihan Umno (SPU) dengan melibatkan 3.4 juta ahli Umno di seluruh negara untuk memilih pucuk pimpinan parti.
3. Dengan cara ini, politik wang dapat dielakkan kerana sukar bagi seseorang calon untuk memikat 3.4 juta ahli.
Terima kasih.
Pejabat Ketua Menteri
28 Januari 2009
Tuesday, January 27, 2009
Pembinaan Malaysia perlu terus dibuat berasaskan konsep & elemen 'Negara Bangsa'
Friday, January 9, 2009
Datuk Ali condemns Israeli inhumane acts
Chief Minister of Melaka, the Rt. Hon. Datuk Seri Mohd Ali Rustam, who is also the President of the World Assembly of Youth (WAY), strongly condemns the irresponsible and inhumane acts of the Israeli forces in attacking the innocent citizens of Palestine, especially the women and children.
Mohd Ali strongly calls for the United Nations to immediately send an international peacekeeping force to the Gaza Strip to bring peace in the area and prevent any further losses of innocent lives due to the inhumane acts by the Israeli forces. The United Nations should also make a very strong stand and force the Israeli troops out of Palestine. The unnecessary killing of innocent people in Palestine must be stopped immediately.
Mohd Ali also called for the United Nations to immediately convene an emergency sitting to discuss and come up with workable resolution to put an end to these atrocious, irresponsible and inhumane acts of the Israeli forces. Mohd Ali also urges the governments of the United States of America and Britain to intervene to stop the Israeli forces from taking the laws into their own hands and go on killing the innocent people, especially the children of Palestine.
Mohd Ali also strongly supports the call for the United Nations to set up an international criminal tribunal for Israel to prosecute Israeli war criminals. He said that the UN General Assembly must establish an international criminal tribunal for Israel (ICTI), in view of the recent Israeli atrocities against Palestine which would emulate what the International Criminal Tribunal for the former Yugoslavia (ICTY) did for victims of international crimes committed by Serbian and the Milosevic regime in the Balkans. It is hoped that the ICTI would, among others, provide justice to the victims of Israeli war crimes.