Saturday, April 25, 2009
Najib Perdana Menteri Untuk Semua - Mohd Ali
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menegaskan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia dan pembangkang sewajarnya memberikan sokongan padu dengan memberi pandangan bernas kepada Perdana Menteri untuk sama-sama memajukan negara.
Beliau menjelaskan, slogan : 'Satu Malaysia- Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' menggambarkan corak kepimpinannya yang tidak mengira agama, bangsa dan parti politik.
Sambil membidas tindak tanduk pembangkang yang melemparkan berbagai tuduhan ke atas Perdana Menteri, Mohd Ali menegaskan, tindakan mengamalkan politiking semata-mata akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa.
"Kita lihat di negara yang sering mengamalkan politiking, rakyat mereka miskin dan merana kerana ahli-ahli politik di negara mereka hanya mementingkan agenda politik masing-masing tanpa mengambilkira keperluan rakyat," tegasnya ketika menggulung Usul Terima Kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tahniah kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang dilantik sebagai Perdana Menteri, di Dewan Undangan Negeri Melaka. 22 April 09 / MHI online
Sila kunjungi: www.alirustam.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Marilah bersama-sama kita ambil iktibar dari pergolakan politik di negara Gajah Putih.
Pastinya, ekonomi akan terjejas dan menyebabkan rakyat yang tak bersalah menjadi mangsa.
Sejak semenjak ini, banyak perkara negatif berlaku di Malaysia.
Kita rakyat biasa hidup cukup bahagia di Malaysia. Memang tepat kalau dikatakan politiking yang 'over' akan mendatangkan kemudaratan.
Siapa jadi mangsa?.... Rakyat juga.
Mat Tampin
Aku tak nak komen ape-ape....sebab aku tahu Najib memang bagus....tapi ni hal babi kat Melaka....bela babi dikawasan orang Melayu....Ini amaran aku....Datuk Ali....jangan selesa dengan apa yang ada....kalau tak selesaikan masalah babi ini pilihanraya ke 13 BN pasti kalah....ini melibatkan sensiviti seluruh rakyat Melaka.....jangan ambil ringan Datuk....Bahana menimpa kelak....
Hapuskan Babi kat Melaka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Aku da tak tahan tengok penduduk di kawasan tersebut menderita......asek2 bagi alasan sahaja....lakukan tindakan!!!!!!!!!!
Sebagai manusia, kita perlu bertenang dalam usaha kita menyelesaikan masalah.
Kami percaya Datuk Ali sedang memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan 'isu' ini.
Tuan Azharabdullah mungkin ada idea-idea baik untuk membantu menyelesaikan 'isu' ini. Sila kongsi idea bernas anda dalam blog ini.
Pesanan kami: Sampaikan idea anda seperti yang dilakukan oleh Rasullullah iaitu dengan penuh ketenangan dan keimanan. Bahasa yang baik melambangkan akhlak yang baik. Terima kasih.
Post a Comment