Sunday, May 3, 2009

Kita Perlu Terus Lebih Cekap - Mohd Ali


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berharap kakitangan perkhidmatan awam akan terus cekap, berkesan, responsif, kreatif dan inovatif demi memartabatkan mutu perkhidmatan awam di negeri dan negara ini.

Katanya, perkhidmatan dan pengurusan yang cekap di dalam pentadbiran kerajaan memerlukan individu-individu yang kreatif dan juga berinovatif.

"Oleh itu, pegawai-pegawai yang berwawasan serta mempunyai kemahiran akan memberi kesan yang positif kepada perkembangan budaya kerja yang produktif, cekap serta mempunyai integriti yang tinggi."

"Sehubungan itu, peranan yang telah dimainkan oleh kepimpinan Cuepacs sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menjalinkan hubungan yang akrab dan harmoni dengan kerajaan melalui konsep perhubungan majikan pekerja dalam perkhidmatan awam," jelasnya.

Mohd Ali berkata demikian semasa berucap pada majlis Makan Malam Cuepacs yang diadakan sempena sambutan Hari Pekerja 1 Mei di salah sebuah hotel di sini malam kelmarin.

"Inovasi di kalangan penjawat awam perlu dipertingkat dan diperluaskan melalui penyelidikan dan pembangunan, rekacipta, meningkatkan kreativiti dan inovasi serta menghasilkan produk-produk baru yang boleh mendorong kepada pembangunan ekonomi, permodenan budaya dan sosial, mencorakkan gaya hidup dan menggalakkan golongan masyarakat serta pengurusan berfikir yang lebih luas," katanya.

Di Melaka terdapat seramai 32,086 kakitangan perkhidmatan awam dan daripada jumlah itu seramai 4,197 staf di pelbagai jabatan negeri, badan berkanun (668), Pihak Berkuasa Tempatan (1,308), syarikat kerajaan negeri (57), Jabatan Persekutuan (24,845) dan badan-badan berkanun Persekutuan seramai 1,011 orang.

Beliau berkata, persetujuan kerajaan kepada permintaan Cuepacs dengan memberi bonus satu bulan atau minimum RM1,500 kepada semua kakitangan kerajaan pada tahun-tahun lalu, menandakan komitmen berterusan kerajaan kepada sektor awam. MHI online

Sila kunjungi: www.alirustam.com

4 comments:

Anonymous said...

Tulang belakang kerajaan ialah kakitangan perkhimatan awamnya.

Kalau mereka mejadi lebih cekap, responsif, kreatif dan inovatif seperti yang arahkan oleh DSAR maka Melaka akan mencapai tahap 'world class' dengan cepat.

Mat Tampin

Alirustam.com said...

Satu kenyataan yang kami setuju 100 peratus!

Azylee said...

Teruskan Perjuangan & Perkhidmatan DSAR adalah seumur hidup untuk memperjuangkan parti,,bangsa,,agama,,negara

Hidup DSAR,,Hidup Melayu,,Hidup BN

NAIKKAN TARAF ORANG MELAYU

Alirustam.com said...

Terima kasih Encik Azylee diatas kata-kata yang memberangsangkan itu.

Bersama-sama kita doakan DSAR terus selamat berjuang. Amin.