Tuesday, January 27, 2009

Pembinaan Malaysia perlu terus dibuat berasaskan konsep & elemen 'Negara Bangsa'

Berdasarkan kepada sejarah kenegaraan, pembinaan negara ini perlu dibuat berasaskan kepada konsep dan elemen-elemen negara bangsa. Ia perlu memantapkan pembinaan bangsa yang berteraskan 'Raja-raja Melayu', 'Ketuanan Melayu' dan 'Kewibawaan Melayu' sebagai bangsa pribumi.

Elemen-elemen lain termasuklah Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi. Simbol-simbol kenegaraan dan kebangsaan perlu berlandaskan kepentingan negara bangsa, iaitu kemelayuan. Walau bagaimanapun, dengan penubuhan Malaysia, kepentingan bagi membina negara bangsa yang lebih luas perlu diambil kira dari segi sistem pemerintahan dan sistem kenegaraan.
Dipetik dari buku Wawasan Kenegaraan tulisan Datuk Seri Ali Rustam.

No comments: