Keris merupakan senjata orang Melayu sejak zaman dahulu, malah kewujudannya menjadi lambang kedaulatan raja-raja dan kesultanan Melayu sehingga ke hari ini.
Ramai yang kenal dengan keris, namun tidak banyak diketahui rahsia atau misteri di sebalik keris yang menyimpan pelbagai kisah menarik terutama tentang kepahlawanan Melayu.
Menyedari kewujudan keris yang kini cukup penting, bukan sahaja untuk istiadat Melayu, malah telah menjadi lambang negara Malaysia, pelbagai program dianjurkan untuk mendedahkan peranan dan keistimewaan senjata ampuh zaman berzaman itu.
Mohd. Ali berkata, sekretariat DMDI sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak yang mempunyai inisiatif untuk membudayakan keris di kalangan masyarakat Melayu pada hari ini supaya ia terus gah di serata pelusuk dunia.
Katanya, ini kerana, keris bukan hanya berharga dari aspek seni, malah ia melambangkan tamadun bangsa. ''Keistimewaan keris bukan sekadar senjata ampuh untuk bertikam, malah makna yang terdapat padanya adalah lebih tinggi bagi orang Melayu untuk mengenang kembali siapa dirinya, budaya dan asal usulnya.
''Keris dekat dengan sanubari orang Melayu sebagaimana dekatnya kita kepada Raja dan Sultan yang berdaulat," kata beliau. Mohd. Ali berkata, keris turut mengajar rakyat sesebuah negeri atau negara untuk taat kepada raja yang adil dan berdaulat kerana institusi raja mempunyai fungsi melangkaui batasan sosial dan politik.
''Keris juga mengingatkan kita tentang kekuatan fizikal, mental dan spritual yang harus dimiliki bagi memastikan kelangsungan kegemilangan bangsa kita," tambah beliau.
Friday, February 27, 2009
Thursday, February 26, 2009
Rakyat kagum Datuk Seri Ali Rustam bervisi jauh
Perkembangan Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri Ali Rustam diakui rakyat yang menyifatkan ia sesuatu yang cukup mengkagumkan.
Pemilik kedai dobi, M.Kumar, 52, mengakui kemajuan yang dikecapi Melaka hari in berlaku tanpa disedarinya. Menurutnya, perancangan pembangunan dibuat begitu teliti dan percaya bahawa tugas itu bukanlah satu perkara yang mudah dilaksanakan.
"Sejak berniaga di sini 11 tahun lalu, pendapatan saya meningkat antara 10 hingga 30 peratus setiap tahun. Setiap tahun , bilangan pelancong semakin ramai hasil kebijaksanaan kerajaan Melaka mencipta produk pelancongan baru bagi mengekalkan nilai sejarahnya", katanya.
"Tahniah kepada Datuk Seri Ali Rustam, ternyata beliau pemimpin yang bervisi jauh dengan mengambil pendekatan yang inovatif", sambung Encik M.Kumar.
Pemilik kedai dobi, M.Kumar, 52, mengakui kemajuan yang dikecapi Melaka hari in berlaku tanpa disedarinya. Menurutnya, perancangan pembangunan dibuat begitu teliti dan percaya bahawa tugas itu bukanlah satu perkara yang mudah dilaksanakan.
"Sejak berniaga di sini 11 tahun lalu, pendapatan saya meningkat antara 10 hingga 30 peratus setiap tahun. Setiap tahun , bilangan pelancong semakin ramai hasil kebijaksanaan kerajaan Melaka mencipta produk pelancongan baru bagi mengekalkan nilai sejarahnya", katanya.
"Tahniah kepada Datuk Seri Ali Rustam, ternyata beliau pemimpin yang bervisi jauh dengan mengambil pendekatan yang inovatif", sambung Encik M.Kumar.
Tuesday, February 17, 2009
Rakyat diharap jangan buat kesilapan mengundi ADUN yang tidak bermoral
Komen Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menyifatkan tindakan Exco Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong Keat Ping menawarkan diri untuk meletak jawatan bukan sesuatu yang mengejutkan.
Beliau yang juga Ketua Menteri berkata tindakan itu wajar kerana apa yang berlaku melibatkan maruah seseorang pemimpin. Katanya, tindakan bergambar bogel adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat di negara ini apatah lagi jika perbuatan itu membabitkan individu yang bergelar ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan wakil rakyat.
"Ia bukan sesuatu yang mengejutkan.....peletakan jawatan ini bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku dalam beberapa kes terdahulu. Ini juga sebenarnya satu pengajaran kepada rakyat dan diharap dalam pilihan raya kecil dewan undangan negeri (dun) itu kelak, pengundi tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.
"Ia bukan sesuatu yang mengejutkan.....peletakan jawatan ini bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku dalam beberapa kes terdahulu. Ini juga sebenarnya satu pengajaran kepada rakyat dan diharap dalam pilihan raya kecil dewan undangan negeri (dun) itu kelak, pengundi tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Adun berkenaan menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan, berkuatkuasa hari ini.
Sebelum ini Adun berkenan dipetik berkata penyebaran gambar bogel beliau dalam Internet sebagai satu bentuk pencabulan maruah dan pelanggaran ruang peribadinya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri itu berkata, ia merupakan serangan berniat jahat yang bertujuan memalu serta mencemarkan nama baiknya.
Saturday, February 7, 2009
Ali Rustam takes lead for the Umno deputy president's post?
Muhyiddin outpaced in Umno No 2 race, say observers.
The ground is abuzz with word that Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam has taken the lead in the lively contest for the Umno deputy president’s post.
While there is no way of verifying this, a substantial number of political observers are convinced that Mohd Ali has overtaken International Trade and Industry Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, touted as the crowd favourite, to sit next to Datuk Seri Najib Razak in Umno’s highest ranks come March.
Muhyiddin, if one is to believe his detractors, has “lost quite a bit of ground”, despite being thought to be “invincible” after his call for the resignation of party president and Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Some are convinced that he would not be a good deputy as he is too strong a character and would challenge Najib. Others attribute his loss of ground in the Umno leadership battle to his purported “unfriendliness”.
“Muhyiddin’s lobbyists are still selling the same story of his calling on Pak Lah to step down, and for the handing over of power to Najib be sped up. It worked in the days leading to the nominations, but there are now other factors to be considered,” said a campaigner.
“During our meetings now, we talk about how a leader can contribute to strengthening Umno and the president’s position, how to defend the party and Barisan Nasional from attacks launched by the Opposition, among others,” said the campaigner.
“There is talk that the second highest ranked party man must not be too ambitious and pose the threat of unseating the number one man later. This is important because we want absolute loyalty, so that our energy can be focused on strengthening the party and not on internal squabbles.”
The campaigner said the word sombong (snobbish) is sometimes used to describe Muhyiddin’s character and this has worked against his acceptance by some delegates.
Mohd Ali, on the other hand, is said to be popular, approachable and “less threatening” than Muhyiddin.
Mohd Ali, on the other hand, is said to be popular, approachable and “less threatening” than Muhyiddin.
“He is being aided by members of youth councils and other youth organisations who are also delegates to the party assembly,” said another campaigner. Mohd Ali is the president of the Malaysian Youth Council and also the president of the World Association of Malaysian Youth (WAMY), and has been supportive of their causes for some time now.
Campaigners said there were some 700 delegates under this category alone. (Petikan Mail Mail)
Tahniah Umno. BN Perak & Dato' Zamry Abd Kadir
Ucapan tahniah dari Datuk Seri Ali Rustam.
"Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YAB. Dato’ Dr. Zamry Abd. Kadir atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Perak ke 11 yang baru.
Ini pilihan yang tepat, beliau seorang yang kuat bekerja dan saya yakin beliau mampu memperkuatkan UMNO dan BARISAN NASIONAL (BN) Perak bagi mendapatkan semula keyakinan ahli UMNO, BN dan Kerajaan menjelang pilihanraya yang ke 13 akan datang.
Saya berharap semua pihak akan memberi sokongan yang padu dan tidak berbelah bagi kepada beliau."
Peringatan Sultan Perak Wajar Diberi Perhatian Serius, Kata Datuk Seri Ali Rustam
Peringatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah agar sesuatu isu terutama membabitkan kepentingan dan keistimewaan orang Melayu tidak dipolitikkan semata-mata untuk mencari populariti murahan, wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
"Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kepentingan sah kaum lain di negara ini," katanya.
Sultan Azlan Shah meminta rakyat supaya berfikiran rasional dan segera menghentikan tindakan bersifat politik secara berlebihan dan keterlaluan yang mengguris hati dan emosi orang Melayu. Mohd Ali berkata beliau bimbang jika isu ketuanan Melayu, hak orang Melayu dan kontrak sosial terus dipersoalkan dan dipertikaikan oleh mana-mana pihak, ia boleh mencetuskan suasana tidak sihat di negara ini.
"Sebagai orang Melayu kita perlu berani dan tegas mempertahankan hak kita dan bukan bersifat talam dua muka memburuk-burukkan kaumnya sendiri dengan memberi pelbagai tafsiran peribadi mengenai ketuanan Melayu," katanya. (Petikan Bernama)
Sunday, February 1, 2009
Untuk maju kita perlu memupuk nilai-nilai murni pada anak-anak Malaysia
Sebagai pemimpin, Datuk Seri Ali Rustam sering menyuarakan keprihatinan beliau tentang keharmonian kaum di Malaysia. Berikut adalah pandangan beliau.
"Nilai-nilai hidup yang baik perlu dikembangkan bagi membina satu masyarakat Malaysia yang harmoni, bersatu padu dan bertanggungjawab. Selain daripada nilai-nilai moden, nilai-nilai tradisional yang mencorak kemajuan masyarakat Malaysia perlu dijadikan panduan dan amalan.
Nilai-nilai konservatif boleh meningkatkan resilient sosial dan budaya serta menjauhkan unsur-unsur pengaruh buruk yang menyebabkan berlakunya berbagai gejala sosial dan keruntuhan moral masyarakat. Nilai-nilai hidup yang progresif dan dinamik perlu bagi meningkatkan daya saing bangsa Malaysia."
Subscribe to:
Posts (Atom)