Beliau yang juga Ketua Menteri berkata tindakan itu wajar kerana apa yang berlaku melibatkan maruah seseorang pemimpin. Katanya, tindakan bergambar bogel adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh rakyat di negara ini apatah lagi jika perbuatan itu membabitkan individu yang bergelar ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan wakil rakyat.
"Ia bukan sesuatu yang mengejutkan.....peletakan jawatan ini bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku dalam beberapa kes terdahulu. Ini juga sebenarnya satu pengajaran kepada rakyat dan diharap dalam pilihan raya kecil dewan undangan negeri (dun) itu kelak, pengundi tidak melakukan kesilapan lagi," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Adun berkenaan menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan, berkuatkuasa hari ini.
Sebelum ini Adun berkenan dipetik berkata penyebaran gambar bogel beliau dalam Internet sebagai satu bentuk pencabulan maruah dan pelanggaran ruang peribadinya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri itu berkata, ia merupakan serangan berniat jahat yang bertujuan memalu serta mencemarkan nama baiknya.
No comments:
Post a Comment