Keris merupakan senjata orang Melayu sejak zaman dahulu, malah kewujudannya menjadi lambang kedaulatan raja-raja dan kesultanan Melayu sehingga ke hari ini.
Ramai yang kenal dengan keris, namun tidak banyak diketahui rahsia atau misteri di sebalik keris yang menyimpan pelbagai kisah menarik terutama tentang kepahlawanan Melayu.
Menyedari kewujudan keris yang kini cukup penting, bukan sahaja untuk istiadat Melayu, malah telah menjadi lambang negara Malaysia, pelbagai program dianjurkan untuk mendedahkan peranan dan keistimewaan senjata ampuh zaman berzaman itu.
Mohd. Ali berkata, sekretariat DMDI sentiasa menyokong dan memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak yang mempunyai inisiatif untuk membudayakan keris di kalangan masyarakat Melayu pada hari ini supaya ia terus gah di serata pelusuk dunia.
Katanya, ini kerana, keris bukan hanya berharga dari aspek seni, malah ia melambangkan tamadun bangsa. ''Keistimewaan keris bukan sekadar senjata ampuh untuk bertikam, malah makna yang terdapat padanya adalah lebih tinggi bagi orang Melayu untuk mengenang kembali siapa dirinya, budaya dan asal usulnya.
''Keris dekat dengan sanubari orang Melayu sebagaimana dekatnya kita kepada Raja dan Sultan yang berdaulat," kata beliau. Mohd. Ali berkata, keris turut mengajar rakyat sesebuah negeri atau negara untuk taat kepada raja yang adil dan berdaulat kerana institusi raja mempunyai fungsi melangkaui batasan sosial dan politik.
''Keris juga mengingatkan kita tentang kekuatan fizikal, mental dan spritual yang harus dimiliki bagi memastikan kelangsungan kegemilangan bangsa kita," tambah beliau.
Friday, February 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Saya yakin DSAR akan membela nasib Melayu. Hidup DSAR!
Hidup DSAR! Semangat membela orang Melayu begitu menyerlah bila anda duduk bersama DSAR dan mendengar kata-kata ikhlasnya.
Dalam banyak banyak pemimpin, saya lihat Datuk Ali layak menjadi Timbalan Presiden Umno.
Kerana beliau senang didekati, mesra rakyat dan pro melayu.
Izam, Kelantan
Terima kasih diatas pandangan ikhlas anda.
Keris Hang Tuah dalam genggaman
Tamingsari diberi nama
Datuk Ali pemimpin budiman
Utamakan kesejahteraan rakyat semua
Izam, Kelantan
Post a Comment