Tuesday, December 16, 2008

Apakah falsafah Datuk Seri dalam politik?


Jawab Datuk Seri, "Mudah saja. Berkhidmat dengan ikhlas, jujur dan sebaik mungkin ketika kita berpeluang melakukannya, ketika kita masih memegang jawatan. Sesuatu yang baik ingin dilakukan, kita mesti lakukan dengan yakin demi agama, bangsa dan negara.
Sebab itu, ketika mentadbir kerajaan dan parti, saya sentiasa cuba sebaik dan sebanyak mungkin bagi tempoh tertentu. Misalnya, sebagai Ketua Menteri, saya hanya ada satu penggal, jadi sepanjang tempoh itu, saya buat sebaik dan sebanyak mungkin, sebabnya belum tentu selepas itu saya ada jawatan lagi. Kalau ada, tentunya saya akan tambah lagi. "

6 comments:

Anonymous said...

Beliau seorang yang sangat prihatin dan kuat bekerja. Apa yang saya pelajari dari beliau ialah kita kena melayan semua orang secara adil..
waimah dia tidak siuman pun kita perlu layan...
hmm...penat? memang penqt tapi saya rasa itulah kepuasan beliau sebagai pemimpin....

Anonymous said...

Memang benar apa yang Adik Manja katakan. Saya kenal Datuk Seri secara profesional & peribadi dan beliau melayan semua orang tanpa memilih.

Itulah yang kita sebut pemimpin yang berjiwa rakyat.

Othman Hamzah, Shah Alam.

Anonymous said...

Credit shld be given to datuk Seri for putting Melaka in the world map. Saya percaya dgn latarbelakang yg sedemikian selalu menjadikan seorang itu berjaya dan di segani.

Untuk peringkat dunia and utk seluruh rakyat M'sia bolehkah beliau memerangi kemelut yang dihadapi negera skrg?

Shah Alam

Alirustam.com said...

Datuk Seri seorang pemimpin yang berpengalaman luas. Kalau saudara telah baca buku Datuk Seri yang berjudul 'Wawasan Kenegaraan' tentu u akan nampak visi globalisasi beliau untuk Malaysia.

Anonymous said...

Tahniah YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Kepimpinan Datuk Seri memang terserlah. Ibarat delima terpancar di cincinnya. Ibarat Laksamana tersemat kerisnya. Jangan berundur Datuk Seri. Ini adalah amanah. Bawalah kami seluruh rakyat Malaysia supaya lebih maju dan dihormati di rantau ini. Orang Melayu yang adil itu pemimpin, yang bijak itu ilmuwan, yang gagah itu pahlawan, yang taqwa itu ulama. Jagalah negara kami, pimpinlah rakyat kami, majukan ekonomi kami. Insyaallah Datuk Seri dilindungi Allah.

Alirustam.com said...

Terima kasih di atas kata-kata yang memberangsangkan kepada Datuk Ali. Rata-rata pandangan anda dikongsi bersama oleh jutaan rakyat Malaysia. Insyallah kami akan lampirkan kekata tuan di muka depan blog kami.