Wednesday, December 24, 2008

Bersama membina tamadun besar Melayu & Islam global

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menyarankan agar umat Melayu dan Islam sejagat membina tamadun besar yang lebih mantap sebagai sebagai persediaan menghadapi globalisasi.

Katanya, hakikat yang harus diterima hari ini adalah membangunkan suatu tamadun yang besar di kalangan umat Melayu dan Islam dengan mempersiapkan diri dalam pelbagai aspek kehidupan, terutamanya ekonomi dan pendidikan.

"Islam mahukan penganut-penganutnya menjadi pelopor tamadun baru yang dapat memimpin masyarakat dan membawa perubahan yang progresif dan bersifat holistik, memberi tumpuan kepada kehidupan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta penjajahan pemikiran," katanya.

7 comments:

Anonymous said...

Aku Bukan Musuh Harta - Kopratasa

Mereka kata :

Mengapa kita tidak kaya raya?

Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja..

Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya?

Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta


Bukan kita tidak tahu

Jalan, denai dan liku

Agar harta ditemu dan disapu

Tapi semuanya cara palsu dan tipu..

Bukan kita tidak mahu,

Tapi kita tidak mampu,

Takut dan terkedu

Mengenangkan Yang Maha Satu

Yang Tiada BagiNya sekutu


Ya, telah kaya para pengkhianat,

Dengan harta yang sarat,

Tapi mereka lupa akhirat,

Balasan yang berat,

Dunia, jiwa bertukar menjadi keparat


Ya, telah kaya para pendusta,

Syarat mereka : lupakan Yang Esa,

Harta rakyat, semua disebat

Harta awam, semua dibekam

Hukum syaitan, mereka bertuhan


Kita pun ingin kaya,

Ada harta, ada kereta yang istimewa,

Ada rumah mewah yang melimpah,

Ada hidangan yang bukan sebarangan,

Ada duit yang bukan sedikit


Tapi, jalannya hendaklah suci,

Bukan seperti seorang pencuri,

Jika ada jalan yang mulia,

Di hujungnya ada harta,

Tunjukkan kita, di mana saja

Kita bukan musuh harta,

Kita cuma musuh pengkhianat bangsa

Dan Negara,

Apatah lagi pengkhianat agama..

Alirustam.com said...

Senikata yang hebat dengan maksud tersirat.
Perkataan 'pengkhianat' terlalu berat untuk diungkap. Namun sesiapa yang mudah menyebutnya nampak jelas perkataan itu di dahinya.
Falsafah Albert Einstein

Anonymous said...

Lirik yang amat mendalam...
Dalam dunia ni terlalu banyak falsafah, bergantunglah kepada akal fikiran yang waras dan yang telah diberi garis panduan oleh NYA untuk menilai yang mana buleh dijadikan ikutan atau tidak...

UMNO PARTI PENJARA said...

perjuangan melayu perlu dipraktikkan..
Bukan hanya diungkap sahaja :-)














(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com

Alirustam.com said...

Satu pandangan yang realistik. Kelebihan Allah menjadikan manusia lebih hebat dari makhluk dunia yang lain ialah 'akhlaknya'.

Falsafah Confucious "Kelebihan manusia terletak pada akal dan akhlak,haiwan punya otak tapi tidak berakal dan berakhlak."
Wow! satu pesanan untuk kita semua.

Anonymous said...

apa kata kita mulakan dengan menyatupadukan kanak-kanak DMDI terlebih dahulu. ini penting untuk masa depan DMDI. saya ada rancangan yang rapi tapi tidak boleh mengongsinya di sini. jika sudi hubungi saya.

CG Karmin Abbas
cgkba@yahoo.com.sg

Alirustam.com said...

Terima kasih diatas sokongan anda pada DMDI. Kami sentiasa mengalu-alukan idea yang boleh manfaatkan generasi akan datang.