Wednesday, December 24, 2008

TPM terima anugerah Mansur Syah

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak, menerima penganugerahan Mansur Syah daripada Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) sempena konvensyen kali kesembilan gagasan berkenaan.
Anugerah berkenaan yang sebelum ini turut dianugerahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai penghargaan kepada ketua atau timbalan ketua sesebuah negara atas sumbangan gemilang kepada gagasan berkenaan.

Penganugerahan itu disampaikan Presiden DMDI merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

No comments: