Wednesday, December 17, 2008

Datuk Seri akui pernah berhenti sekolah kerana keluarga miskin

Saya rasa terharu membaca temubual Datuk Seri dengan Berita Minggu apabila ditanya tentang tahap pendidikan beliau.
"Saya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pembangunan Ekonomi dari USM (Universiti Sains Malaysia). Saya memperolehnya pada 1984 menerusi Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Saya pernah masuk ITM (Institut Teknologi Mara) di Shah Alam pada 1972, untuk mengikuti pengajian Kejuruteraan Elektrik tapi hanya mampu bertahan selama tiga minggu.
Saya terpaksa berhenti kerana keluarga miskin. Sebagai ketua keluarga ketika itu, kerana bapa meninggal dunia ketika usia saya 11 tahun, saya terpaksa menanggung emak dan dua adik lain. Untuk meneruskan kehidupan, saya jadi kerani Lembaga Letrik Negara (ketika itu dan kini Tenaga Nasional Berhad). Oleh kerana hasrat untuk belajar meluap-luap, saya mengambil STP (Sijil Tinggi Pelajaran) pada 1979 dan akhirnya mendapat keputusan cemerlang. Selepas dilantik menjadi Penolong Pengarah Kemas di Kedah pada tahun sama, saya mengambil PJJ di USM."
Datuk Seri ternyata tidak datang dari keluarga mewah. Saya yakin dengan pengalaman beliau membesar dalam keluarga miskin, sebagai pemimpin Datuk Seri tidak mahu kemiskinan menghimpit atau menghantui walaupun satu rakyat.
Perjuangan hidup Datuk Seri boleh dijadikan teladan dan 'role-model' untuk semua lapisan masyarakat, insyaallah.

No comments: