Wednesday, December 24, 2008

Pengalaman Datuk Seri dalam Umno...


"Saya mempunyai track record yang panjang bersama Umno. Saya menjadi ahli ketika usia 18 tahun dan sekarang usia saya 59 tahun. Jadi saya sudah bersama dan berjuang bersama Umno selama 41 tahun. Selama tempoh itu, saya pernah menjadi Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno cawangan, Ketua Pemuda Umno cawangan, Setiausaha Umno cawangan dan Ketua Umno cawangan selain Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dan kini menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri. Saya juga pernah menjadi ahli MT selama dua penggal dan kini menyandang jawatan Naib Presiden. Walaupun hanya satu penggal jadi Naib Presiden, saya sudah menyumbang banyak untuk parti.


Sebagai contoh di Melaka saja, Umno berjaya mencatatkan rekod cemerlang apabila memenangi semua kerusi ditandingi. Saya berjaya mengekalkan rekod cemerlang Umno itu yang tidak pernah tewas dalam pilihan raya sejak negara mencapai kemerdekaan 51 tahun lalu."

7 comments:

Anonymous said...

Dalam mengejar kedudukan dan pangkat, jangan lupa, kita ni hamba Allah dan sentiasa di bawah pantauan Nya! Saya amat risau apabila bakal peneraju negara dikaitkan begitu kuat dengan isu politik wang. Disana sini terdengar tuduhan bahawa anda begitu ghairah menggunakan wang untuk membeli sokongan terutama para perwakilan untuk PAU Mac 2009. Saya juga terdengar bahawa beratus Akuan Bersumpah (SD) telah dibuat olih perwakilan yang menerima habuan dari anda, termasuk juga dari mereka yang mendakwa menjadi wakil anda untuk mengagih habuan tersebut.Sama ada betul atau tidak tohmahan ini hanya anda dan petugas2 anda sahaja yang tahu! Ingat lah perbuatan tersebut, jika benar, memang dilaknat Allah!
Ada beberapa persoalan yang harus diberi pertimbangan khusus dalam hal politik wang. Pertamanya ia melibatkan peruntukan wang yang besar, amat besar. Olih itu, dari manakah punca wang sebegitu besar diperolihi? Dari simpanan anda? Penjualan harta anda? atau dari mana? Ada juga kemungkinan ditaja olih orang2 tertentu. Kalau ditaja , tak orang tersebut hanya ingin berbakti dengan mengeluarkan perbelanjaan yang begitu besar. Sudah pasti orang tersebut menganggapnya sebagai satu investment untuk masa muka. Kalau dianggap sebegitu sudah tentu anda kena ‘pulangkan’ balik sumbangan orang tersebut , mungkin melalui projek2 kerajaan apabila anda terpilih dan berkuasa!
Perkara yang kedua berhubung isu ini,ialah kemungkinan parti keramat kita akan berkubur kerana dibenci olih rakyat. Kalau bakal peneraju ghairah membeli sokongan , tidak mustahil beliau tidak terlibat dengan amalan rasuah apabila berkuasa kelak!

Jadi anda fikir dan buat muhasabah diri, kalau tomahan spt diatas tidak betul , maka anda harus tampil kedepan dan bersumpah wa billahi, wataallahi dimana2 masjid agar rakyat tidak lagi dibelanggu dengan perasaan was-was terhadap anda.Desas-desus penglibatan anda amat kencang dibincangkan dikalangan orang2 melayu Jika anda berbuat demikian, saya orang yang pertama meyokong anda! Kalau tidak , Allah jua akan menentukan! Moga2 kita diberi keampunan olih Nya.

Alirustam.com said...

Alhamdulillah, anda seorang yang berfikiran dalam. Datuk Ali lurus orangnya beliau tidak akan kompromi tentang amanah rakyat. Dalam politik banyak andaian yang semua orang boleh buat. Yang hitam boleh dijadikan putih dan putih boleh dijadikan hitam.

Kalau anda dengar kata dari lawan atau musuh politik Datuk Ali, itulah yang pasti anda dengar.

Para nabi adalah semulia-mulia manusia tetapi masih difitnah, dicaci, dimaki hamun. Apatah lagi kita manusia biasa. Betul tak?

Anonymous said...

Tak betul, kalau tak ada angin mana bisa pohon betrgoyang, beb. Kalau benar dia tak melakukannya, buat sesuatu untuk meyakinkan rakyat, kalau tidak, beliau tak layak duduk dipersada kepimpinan yang lebih tinggi dari sekarang, atau tak layak langsung!!

Alirustam.com said...

Fikir dalam-dalam. Zaman dulu pokok bergoyang kerana angin. Zaman sekarang pokok boleh bergoyang dengan mesin kipas angin.Betul tak?

Rakyat yang menyokong Datuk Ali sudah lama yakin dengan kewibawaannya sebagai pemimpin.

Anonymous said...

sokongan yang diumpan dengan wang dan datukship!! Tak lama bertahan beb. Tuhan akan turun bala kiranya nawaitu tak betul!!!

Anonymous said...

Saya sokong Datuk Seri! Lihat sahaja pembangunan dan transfomasi Melaka. Nahh!! Terpegun semua org melihatnya. Rakan2 saya tak kira pembangkang atau tidak semua teruja.

Datuk, gambar dengan KJ tu tukar lah.. KJ tu ikon rasuah.. tak sesuai berganding dengan Datuk Seri yang mmg dipilih oleh Rakyat, untuk Rakyat.

Sekian

Dj Mansor said...

Tahniah Datuk Seri...semoga impian membawa Melaka ke mercu jaya menjadi kenyataan. Segalanya sudah terbukti. Melaka wajar dicontohi kerana di sinilah segalanya bermula...