Sunday, December 14, 2008

Mohd Ali sedia pikul amanah besar demi Umno, Melayu 



Wawasan Datuk Seri untuk Umno khususnya orang Melayu jika terpilih?

Petikan dari Berita Minggu 14/12/08

"Tugas Timbalan Presiden besar dan berat. Ia perlu membantu Presiden bagi mengembalikan semula keyakinan ahli dan rakyat kepada Umno, BN dan kerajaan. Ini akan menjadi fokus utama kita sehingga Pilihan Raya Umum ke-13. Saya yakin, ia boleh dilakukan dengan pelbagai strategi. Antaranya, kita mesti kembali bersatu padu. Kedua, tunaikan janji dalam pilihan raya dan dalam parti kita. Keputusan parti dan manifesto pilihan raya mesti dilaksanakan.Sekarang ini, saya lihat masalah kita, banyak keputusan parti tak dilaksanakan.

Sebab itu ahli marah, mereka marah pada Umno, marah pada BN dan akhirnya jika tidak dibendung boleh menjejaskan peluang dalam pilihan raya. Sampai sekarang ini, orang Melayu, ahli Umno, pemimpin parti masih komplen mengenai kedudukan ekonomi Melayu. DEB (Dasar Ekonomi Baru) sudah 38 tahun diperkenalkan tapi ekuiti Melayu masih 19 peratus. Begitu juga dalam pendidikan dan pelbagai bidang yang masih belum tercapai, sedangkan kita sudah berjanji dulu.

Hingga hari ini, kita masih bercakap perkara sama. Ahli Umno kata, kenapa tak boleh, kita ada kuasa. Saya lihat, kita kena penuhi kehendak parti yang dirumuskan dalam perhimpunan dan janji pilihan raya. Sebab itu, saya berpendapat, parti perlu menguasai kerajaan dalam melaksanakan dasar supaya ia terlaksana. Kita ada dasar yang baik, cuma pelaksanaannya masih lemah dan inilah perlu diperbaiki."

2 comments:

Anonymous said...

Dimanakah identity orang melayu skrg ini di negara kita? Kita di anggap lemah and masih selalu bergantung pada ehsan Kerajaan utk maju.

Umno perlu tegas dalam segala hal dlm memimpin parti and negera.Pemimpin yg tegas dan berwibawa,
buat masa ini saya tidak melihat adanya Ketua atau memimpin yang sedemikain di Umno.

Agama harus dijadikan sandaran dan Bangsa harus di jadikan perjuangan dan bukan sebaliknya.
Saya harap isu-isu semasa yang kian ada skrg dapat Datuk Seri perjelaskan bagaimanakah ia blh dilaksanakan.

Shah Alam

Alirustam.com said...

Persoalannya, apa yang berlaku pada kita sebenarnya bukan buatan orang lain tapi buatan diri kita sendiri.

Orang lain berusaha, kita meminta. Orang lain kaya, kita mengata.

Sebagai individu kita perlu ubah sikap menjadi lebih produktif. Barulah sebagai satu masyarakat, kita bertambah progresif. Betul tak?

Tidak ada satu parti yang dapat merubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu merubah nasib nya sendiri.... alahai, macam pernah dengar gitu.