Sunday, March 15, 2009

Kita bertanding secara sahabat

KUANTAN 15 Mac – “Pada saya, ini pertandingan persahabatan. Jadi, kita bertanding secara sahabat, tak ada buruk-memburuk, fitnah-memfitnah.”Demikian nasihat Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam kepada calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan parti tidak lama lagi.

Beliau yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden berkata, apa yang boleh dilakukan oleh calon-calon untuk meraih sokongan perwakilan ialah mengetengahkan sumbangan dan khidmat yang telah diberikan kepada parti dan kerajaan selama ini. Selain itu, katanya, setiap calon juga boleh mengenengahkan usaha yang hendak dilakukan untuk menguatkan lagi UMNO serta kerajaan Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Pendekatan ini saya lihat ingin diketahui oleh para perwakilan. Tak perlulah kita guna strategi dahulu. Dahulu, strategi (yang digunakan) kalau ada pertandingan, banyak buruk-memburuk dan fitnah-memfitnah yang akhirnya merugikan parti.
“Pada masa sama, pembangkang mengambil kesempatan pula terhadap apa yang kita buruk-burukkan itu sesama sendiri untuk memburukkan kerajaan. Akhirnya, kita hilang sedikit kekuatan menjelang pilihan raya umum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ramah mesra dan pengenalan calon-calon Majlis Tertinggi (MT) UMNO dengan perwakilan UMNO Pahang di Dewan Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, malam tadi.

Sesi pengenalan calon kepada perwakilan dilakukan oleh Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Turut hadir tiga calon yang menawarkan diri jawatan Timbalan Presiden UMNO iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, selain beliau sendiri serta calon-calon Naib Presiden dan MT.

Ditanya mengenai peluangnya dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan nanti, Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka dengan ringkas berkata: “Insya-Allah.”


Dalam pada itu, beliau berkata, semua pihak harus menyerahkan kepada kebijaksanaan lembaga disiplin parti bagi menangani gejala politik wang yang disifatkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh membinasakan UMNO.
“Kita serahkan kepada kebijaksanaan lembaga disiplin,” katanya.

Oleh YULPISMAN ASLIutusanpahang@utusan.com.my

3 comments:

Alirustam.com said...

Kenyataan yang disampaikan oleh DSAR melambangkan yang beliau seorang pemimpin yang 'open-minded'.

DSAR seorang pemimpin yang 'flexible' dan sifat ini yang amat disenangi oleh rakyat.

Anonymous said...

Insyaallah. DSAR bakal menjadi TPM!

Mat Tampin.

Alirustam.com said...

Terima Kasih Mat Tampin diatas doa dan sokongan anda!