PETALING JAYA 19 Mac - Hukuman yang dikenakan oleh Lembaga Disiplin UMNO ke atas beberapa ahli parti bukan hanya berkaitan politik wang tetapi lebih kepada pelanggaran Tataetika Ahli UMNO.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad (gambar) berkata, tindakan tersebut berikutan pelanggaran etika kerana menggunakan ejen untuk berkempen melalui cara tertentu.
Menurutnya, pendedahan secara meluas berkenaan isu itu telah memberikan gambaran bahawa masalah politik wang dalam UMNO sangat serius sehingga menyebabkan pihak luar melenting dan mahu membuat laporan polis.
"Ekoran penjelasan yang tidak seberapa, orang yang baca pun ingat politik wang. Kalau kita meneliti, ia sebenarnya lebih kepada pelanggaran etika dalam pertandingan. Ini sebenarnya masalah dalaman dan jika dikendalikan dengan cara dalaman, Insya-Allah dapat selesai. "Namun apabila didedahkan, ia seolah-olah berada dalam keadaan tidak terkawal dan menjadi lebih rumit," katanya pada sidang akhbar Konsert Radio Rosak 2009 untuk Tabung Gaza di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Lembaga Disiplin menggantung keahlian beberapa ahli parti termasuk melarang calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam daripada bertanding pada pemilihan parti minggu depan.
Bagaimanapun, Shahrir tidak menafikan bahawa tindakan Lembaga Disiplin itu menimbulkan kebimbangan seolah-olah terdapat satu bentuk pengasingan kuasa dalam UMNO.
Sehubungan itu, beliau berkata, UMNO harus bersikap lebih terbuka dan memerlukan pembaharuan yang lebih menyeluruh bagi mencari kaedah yang sesuai untuk menangani masalah dalaman parti seperti politik wang dan pelanggaran etika.
"Saya rasa mungkin perlu ubah cara sedia ada untuk memilih pemimpin. UMNO mungkin harus membentuk satu sistem yang lebih mudah, telus dan demokratik dalam memilih pemimpin.
"Pandangan yang sama pernah dikemukakan sebelum ini dan saya rasa cadangan ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi nanti," katanya.
Utusan online
Thursday, March 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Berlandaskan info: Buat kenduri doa selamat dan menjemput rakan taulan Umno pun boleh dianggap melanggar etika pertandingan.
Inilah pertuduhan yang dikenakan kepada agen DSAR.
Kalau membuat kenduri itu salah, maka semua pemimpin UMNO telah membuat perkara yang sama.
Alahai MT.... Maafkanlah kesilapan DSAR yang kecil itu.
buat kenduri pun salah
kalau kao kem yg salah
telan berjuta2 pun ok
kalau kao orang najib
akhirnya, DSAR kite jadi mangsa najib
muhyiddin sapu tanah rakyat atas alasan pembgnan di johor
taib tertangkap dgn satu juta dlm satu beg
DSAR dihukum krn kenduri?
melaka bersejarah jadi mangsa pahang berperdana menteri
Itulah hakikatnya. Orang yang ikhlas dan bersabar selalunya akan menang pada akhirnya.
MAAF JIKA TERSALAH RUANG!Adakah anda mempunyai masalah penyakit akibat sihir?gangguan jin atau saka?penyakit misteri?masalah kesuburan?jodoh?penyakit moden yang perlu dirawatan secara tradisional? InsyaAllah kami sedia membantu. Kaedah Al-Quran, zikir dan doa serta alirah gelombang.Penyakit akan dikesan dalam masa 5 minit dengan izin Allah. Pengalaman selama lebih 11 tahun.Cawangan Sabah dan Kuala Lumpur. Layari www.pusatrawatanimantherapy.blogspot.com
Post a Comment