Friday, March 6, 2009

Kelayakan Serta Keistimewaan YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Assalamualaikum!

Pada hari ini hati saya tergerak untuk memberi pandangan saya serta pemerhatian saya terhadap YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka, yang kini akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno Malaysia.


Saya sudah mengenali Mohd Ali Rustam hampir 30 tahun. Beliau pada hari ini merupakan seorang pemimpin yang disayangi seluruh rakyat negeri Melaka dan seluruh Malaysia. Semua orang kenal siapa Mohd Ali Rustam. Saya dapati beliau merupakan seorang pemimpin yang berwawasan serta mesra dengan sesiapa sahaja.

Beliau merupakan seorang pemimpin yang dikenali seluruh dunia kerana penglibatan beliau di dalam Pertubuhan Belia Sedunia ( W.A.Y) di mana beliau adalah presidennya. Beliau juga adalah presiden Dunia Melayu Dunia Islam yang bermatlamatkan perpaduan umat Melayu di seluruh nusantara di dalam aspek ekonomi, kebudayaan, dan lain-lain.

Bercakap berkenaan dengan kebolehan serta keistimewaan beliau sebagai seorang pemimpin, kita boleh melihat pembangunan yang pesat yang sedang berlaku di negeri Melaka, di mana Melaka kini sebuah negeri yang sangat maju serta gemilang di mana pada tahun 2010 negeri Melaka akan mencapai taraf sebagai sebuah negeri maju di dalam semua aspek - ekonomi, sosial, dan lain-lain.

Saya merasa yakin jika beliau berjaya memegang jawatan Timbalan Presiden Umno Malaysia dan seterusnya menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau akan menggunakan pengalamannya untuk memajukan negara Malaysia di dalam pembangunan.

Dato' Syed Ahmad Bin Syed Kassim

4 comments:

Alirustam.com said...

Kami bersetuju 100% dengan pandangan Dato' Syed Ahmad.

Anonymous said...

Saya yakin seandainya DSAR jadi Timbalan Perdana Menteri, pastinya Malaysia bertambah makmur.

Hisyam, Selangor

Anonymous said...

saya juga yakin bahawa DAR mampu memimpin...

anak melaka, bkt baru
'melawat melaka beerti melawat m'sia'

Alirustam.com said...

Keadaan politik sekarang memerlukan pemimpin yang berpengalaman luas dan mesra rakyat seperti Datuk Ali.